
Perjuangan Torres dan rakan-rakan belum berakhir. Honduras berjaya dijinakkan 2-0 namun kedua-dua gol Villa yang bubuh. Boleh tahan juga persembahan mereka tak seperti lawan Swiss tempohari, kali ini Navas telah diletakkan bagi menggantikan Iniesta. Namun Torres hanya bermain 70 minit sebelum digantikan dengan Mata. Keseluruhan Nampak permainan Torres semacam dia masih belum pulih sepenuhnya. Pertemuan selepas ini memerlukan Spain menewaskan Chile yang hanya perlu seri.
Saya nampak Chile tidak sehebat mana kerana permainan mereka agak ganjil seganjil jurulatih mereka. Walaupun mempunyai pemain tengah yang mampu menggerakkan permainan iaitu Mati Fernandes, Chile lebih gemar melakukan hantaran tepat secara buta tuli kepada Sanchez dan Bousenjour. Suazo bertindak sebagai pemain sasaran namun beliau agak berat. Tetapi apa yang Nampak berbahaya ialah Chile suka melakukan rembatan tepat kearah gol yang mampu membuatkan penjaga gawang berharap bola Jabulani tidak buat kurang asam.
Namun lagi satu kehairanan saya ialah bekas pemain kita Mark Gonzalez merupakan pemain terbaik mereka malam itu kerana gol tunggal beliau cukup untuk memberikan peluang cerah kepada Chile. Padahal semasa di Anfield beliau lebih hampas dari Babel. Saya agak mungkin faktor usia terlalu muda dan tekanan yang diberikan peminat terhadap Speedy, membuatkan dia gabra sampai tak boleh main. Tidak pun mungkin Rafa yang tak kena cara untuk melatih Mat Speedy. Entahlah barang lepas jadikan pedoman.
No comments:
Post a Comment