
Baru lega rasa hati. Berita ini teramat pentng dari segala cerita. Ia lebih sensasi dari cerita Fasha Sanda rampas laki orang. Malah kalau Messi datang ke Anfield sekalipun saya masih lebih sukakan yang ini dari Messi. Apa ceritanya yang gempar sangat. Begini sebenarnya saya tertunggu-tunggu berita Kapten dan idola saya Gerrard tentang masa depan beliau di Liverpool. Dan beliau telah memberikan keriangan dan kelegaan kepada berjuta-juta peminat Liverpool seantero Donia. Jawapan kepada spekulasi tentang masa depan beliau mungkin telah terjawab dan harap tiada lagi cerita yang beliau akan pergi dari Merseyside.
Selain itu dia juga telah meracuni fikiran Joe Cole supaya memilih Liverpol dari Spurs, Arsenal dan Man U. Kiranya Gerrard telah mebuat pakatan dengan Cole yang mereka akan bersama-sama membangunkan Liverpool dari tidur. Sebabnya Gerrad kenal benar Joe Cole samada sebagai lawan ketika Joe di Chelsea, mahupun rakan ketika bersama dengan Skuad Kebangsaan England. Maka secara tidak langsung ciri-ciri seorang Kapten telah kembali dijiwai oleh beliau iaitu mahukan yang terbaik untuk pasukan dan peminat.
Lagi satu tugasan Gerrard selepas ini adalah meyakinkan Torres supaya melupakan hsarat untuk keluar. Mungkin bagi kita ianya agak berat tetapi saya yakin Gerrard mampu mengayat Torres . Inilah pentingnya Gerrard sebagai pemain senior merangkap nadi pasukan Liverpool untuk memberikan visi dan membangkitkan kembali semangat yang hilang musim lalu. Kalau Gerrard dan membuatkan Torres kekal beliau bukan sahaja akan menjadi pemangkin kebangkitan, malah saya rasa beliau patut terima Bonus istimewa.
terjawab jua segala persoalan yang membelenggu fikiran kita...akhirnya captain fantastic membuat keputusan yang bijak apabila mahu kekal di anfield dgn pengurusan baru,roy hodgson.semoga berjaya mengharungi musim baru dan kami peminat setia akan terus menyokong.YNWA
ReplyDelete