
Rombakan Organisasi Kementerian Pertahanan mungkin diadakan tidak lama lagi. Mengikut organisasi sekarang Rejimen Pertahanan Tengah adalah seperti berikut Jeneral Carragher, Mejar Agger, Leftenan Skrtel dan Prebet ialah Kargiakos. Dalam masa terdekat ini kita mungkin akan melihat Prebet Kargiakos mungkin akan dikeluarkan dan digantikan oleh Prebet muda Danny Wilson. Kemana destinasi Soldadu Greek itu masih menjadi misteri dan banyak spekulasi yang mengatakan yang beliau akan bawa diri balik kampung. Manakala Prebet Wilson yang akan dibawa dari Rangers dengan bayaran 2.5 juta pound seperti yang termaktub dalam pra perjanjian dengan Rafa lagi.
Saya rasa amat janggal mulanya. Kenapa Kargiakos nak dilepaskan. Dia redha sebagai bek simpanan, jika main tak mengecewakan, penangkis serangan udara yang hebat dan masih menjadi bek utama Greece. Tapi bilamana melihat masa depan kadangkala apa yang akan jadi sejarah perlu dilepaskan. Maksudnya Kargiakos walaupun masih berbisa namun kebolehan beliau terhad kepada fizikal dan pengalaman. Namun Wilson boleh memberikan apa yang Kargiakos pasti takkan dapat berikan iaitu tenaga orang muda dan kepantasan. Walaupun begitu dari segi kebolehan untuk mengadaptasi dalam liga Perdana, tidak dinafikan Wilson mungkin satu risiko. Walaupun Kargiakos pernah bermain di Liga Scotland, namun ianya tidak boleh disamakan dengan Wilson yang setahun jagung.
Lagi yang mustahak ialah Agenda UEFA yang mahukan teras pemain tempatan dalam kelab masing-masing mungkin salah satu faktor Kargiakos bakal tersingkir. Maksudnya bukan Wilson sahaja penyebabnya namun atas faktor slot pemain luar akan diberikan kepada pemain baru. Mungkin Loic Remy, mungkin Arda Turan atau mungkin Reto Ziegler. Agendanya yang seprti saya faham ialah menggantikan slot Kargiakos yang bermain sebagai pemain simpanan dan berikan kepada pemain luar yang akan menjadi pemain utama. Keutamaan itulah yang akan berikan satu lonjakan kepada apa yang dinamakan Revolusi Roy.
No comments:
Post a Comment