
Dalam pasukan kita, semestinya Torres adalah yang terbagus berbanding Kuyt. Daripada skill sampailah siapa paling hensem semuanya mesti kena dekat Torres. Cuma hadiah budak cergas mesti dapat pada Kuyt sebab dia rajin dan payah sakit. Yang lain boleh kata Torres borong semua.
Sebaliknya yang berlaku di Piala Dunia aneh sikit. Walaupun kehebatan Torres di Liga Perdana diakui, namun lain sedikit untuk Piala Dunia ini dia semacam tak berapa fokus. Mungkin masih cedera atau sedang memikirkan destinasi baru, Chelsea kot. Sebiji gol pun belum dia sumbat dan permainan hambar sekali.
Yang paling aneh ialah Kuyt walaupun sekadar menjaringkan sebiji gol, itupun bola muntah, tetapi hantaran beliau banyak membuahkan gol. Bak kata orang, Kuyt bermain dengan semnagat berpasukan tinggi. Biar dia penat dan sakit dan orang lain dapat nama, janji pasukan beliau dapat kemenangan.
Walaupun sotong kurita syirik telah memberikan pembayang yang Spain mungkin juara, segalanya kuasa Allah jua. Dia nak uji manusia sebenarnya. Macam cerita Lembu Emas zaman Nabi Musa, sama saja dengan sotong itu. Kalau percaya yang sotong itu ada kuasa meramal maka jatuh syirik, Dosa besar tu. Wassalam.
Torres tengah menghitung masa depan...piala dunia depan mata dia tak nampak, yang dia nampak liga perdana. Pergi tak pergi tu lain citer. Tapi yang pasti dah hilang fokus.
ReplyDeleteFokus Tores! Fokus! ada satu game lagi! Score cetak nama kat piala dunia, kalau cam ni malu lah ngan owen yang lemah gemalai tu ada gak score kat piala dunia uhhhh