Sudah menjadi tren musim ini pasukan kita dikaitkan dengan pemain-pemain tua. Young (31), Gilberto Silva (34), Poulsen (30), Salcido (30) , Raul (33) dan terbaru Petrov (31) telah dikatakan menjadi sasaran pasukan kita. Adakah Liverpoolfc telah menjadi destinasi untuk pemain-pemain seluruh Eropah menghabiskan karier sehingga pencen. Walaupun sejarah pernah terlakar yang hanya Gary Mccallister satu-satunya pemain tua dalam sejarah pasukan kita yang membawa kejayaan. Itupun kerana beliau telah cukup masak ranum setelah berbelas-belas tahun bertarung di Liga Perdana Inggeris. Yang lain seperti Litmanen, Moreintes serta Pallegrino ternyata tidak berupaya mengembalikan imej serta kemegahan masa lampau.
Stiliyan Petrov mungkin bukan dalam kelas seperti Gary Mac, namun saya hairan kenapa dia menjadi opsyen Hodgson untuk posisi tengah untuk ganti Mascherano. Nak kata bagus sangat nampak biasa saja, walaupun antara pemain terbaik Aston Villa msuim lepas. Permainan beliau mungkin kurang sikit dari Gareth Barry, tetapi dari segi melindungi bek dari serangan lawan dia lebih menonjol. Musim lalu juga Petrov hanya berjaya menyumbangkan hanya sebiji gold an merupakan yang ke-4 sepanjang karier bersama Villa. Malahan dia menjadi pemain yang paling banyak bermain dalam liga dengan 37 perlawanan. Rasanya kerana tak pernah cedera sebab itu boleh main banyak, dan juga mungkin kerana dia akan bentes orang lain, sebelum dia kena bentes.
Kalau sekadar berita kosong saya tak ambil kisah. Tapi kalau ini betul-betul bukan main-main, mungkin Hodgson akan ada masalah selepas ini. Rasanya beliau membuat janji dengan Torres bahawa akan membawa masuk pemain berwibawa musim ini. Kalau Joe Cole atau Jovanovic mungkin kita boleh terima sebagai pemain yang bagus. Tetapi bagi kes-kes seperti saya memang pening kepala. Ramai lagi pemain lebih muda seperti Defour atau Inler yang mampu ganti Mascherano tapi bukannya kuda tua seperti Petrov. Kalau nak sangat pemain tua yang masih bergetah lebih baik Hodgson pergi cepat-cepat merisik Marcos Senna dari Villareal. Dengar kata Barcelona hendak beri pakej persaraan menarik untuk pemain kebangsaan Sepanyol itu. Kalau begitu apa tunggu lagi.
No comments:
Post a Comment