Kemahiran teknikal individu adalah apabila pemain dapat mengawal bola dalam apa jua keadaan, dengan sentuhan ajaib bola melekat dikaki dan bergerak dengan bola dengan keyakinan tinggi disamping hantaran tepat jauh dan dekat. Itulah istilah tentang kebolehan yang sering dicanang-canang dalam bahasa omputeh "Technical Ability".
Dalam taktikal baru Liverpool dibawah kendalian Brendan Rodgers, beliau amat memerlukan pemain yang mempunyai kriteria diatas. Tak ramai pemain sedia ada yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi. Tapi jangan takut selain bakat semulajadi, pemain boleh dibentuk dengan latihan tertentu untuk menjadi pemain sebegitu, namun kalau nak ajar kena dari rebung bukannya jenis boleh ambil buat lemang, itu susah sikit.
Selalunya kurang sangat pemain England apatah lagi Liverpool sendiri mempunyai kemahiran sebegitu cuma yang amat hampir ialah kapten Gerarrd dan terbaru Sterling dan Shelvey. Untuk menambah baikkan sistem sedia ada memang memerlukan pemain sebegitu kalau boleh sebanyak mungkin.Mungkin dalam Akademi ramai pemain dalam pembikinan tetapi majoritinya adalah pemain luar yang dibawa masuk seperti Suso dan lain-lain.
Memang bolasepak EPL main laju dan pantas disamping ada pasukan yang guna kederat berbanding akal. Namun jika pemain mempunyai kemahiran teknikal tinggi disamping main pakai akal, ibarat El-Matador lawan dengan lembu laga, walaupun adakalanya Matador kena tanduk tapi kebanyakan kes lembu yang letih. Pasukan yang nak berjaya bukan sahaja di EPL namun di Eropah perlu berkemahiran tinggi.
Kalau nak berjaya macam Barcelona harap pihak FSG kena sabarudin dengan Brendan kerana idea beliau bagus tapi agak mengambil masa kerana tanpa bantuan kewangan yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment