Musim ini akan jadi musim yang menyedihkan bilamana pemain sedia ada bermain macam semalam. Tengok barisan simpanan, tiada seorang pun penyerang berbanding musim lepas bilamana ada Kuyt, Bellamy atau maxi untuk menjadi pemain impak jika sesuatu perubahan atau pasukan kebuntuan gol. Itu sebabnya saya terkilan sangat bila keluarnya Carroll ke West Ham tanpa pengganti yang mantap.
Gol-gol Arsenal akibat tiada pemain yang agresif menghalang penyerang lawan menyelinap untuk melakukan rembatan. Semua macam lembik dan mebiarkan lawan mengambil peluang. Sebab itulah kehilangan Lucas dan tiada pemain bekap menjadi masalah dikemudian hari. Reina dah makin hampeh kerana kerap tangkap angin kebelakangan ni. Wajarlah dia direhatkan untuk perlawanan akan datang untuk memulihkan mental beliau yang serabut.
Dengar kata Brendan akan cuba merisik pemain tanpa kelab dan bekas pemain kita yakni Owen. Malah ada ura-ura Drogba juga bakal dibawa masuk jika kelab Shanghai terpaksa batal kontrak Drogba. Bagi saya buat masa ini opsyen itu sangat baik tetapi ianya macam dah terhantuk baru nak tengadah. Dah kurang duduk 3 tercorot baru nak ambil peduli padahal sejak awal-awal lagi masalah ketiadaan penyerang berkaliber menghantui kita sejak keluarnya Torres.
Saya harap belum terlambat untuk Brendan mengatasi masalah ini. 3 perlawanan penuh kehampaan perlu ditebus secepatr mungkin kerana pasukan sederhana musim lepas macam WBA, Swansea, Everton dan juga West Ham nampak macam menjadi saingan kita untuk 7 terbaik musim ini. Harap semua peminat realistik bahawa dengan skuad sederhana yang kita ada masih belum mampu nak bersaingan dengan kelompok 4 teratas.
Harap2 dgn skuad sederhana mantap nie & kekurangan pemain dpt di'cover' dgn taktikal Rodgers.
ReplyDeleteAku rasa kita lepas 3/4 game pertama, pemain2 lebih stabil sket cara permainan.
-pokdin-