Tak mengejutkan bilamana Sterling dimasukkan kedalam skuad utama bagi menghadapi Ukraine dalam kelayakan Piala Dunia kalau ikut bakat dan prestasi. Cuma belum tiba masanya dan masih ada pemain berbakat lebih senior yang lebih layak macam Nathan Dyer yang patut disenaraikan oleh Hodgson.
Tengok apa jadi dengan Michael Owen. Main pulun sangat dari umur 17 dan 18 tahun terus main Piala Dunia. Akhirnya masa umur pertengahan 20an kaki dah reput dan kemegahan beliau sebagai Pemain Terbaik Eropah 2003 hanya tinggal kenangan. Inilah yang ditakuti oleh Brendan terhadap masa depan Sterling jika benar England mahu menjadikan Sterling pemain utama England sepenuh masa.
Pro kontra perkembangan Sterling juga dintai oleh negara kelahirannya Tanah Raggae atau Jamaica. Mungkin sebab itu juga Pihak England cuba main akal untuk potong jalan Jamaica dengan memberikan penampilan sulung kepada Sterling. Harap harap Sterling tak tergangu oleh karenah pihak England, kerana Liverpool lebih perlukan Sterling buat masa kini berbanding England yang punyai ramai pemain lain yang lebih sesuai.
No comments:
Post a Comment