Selama hampir 7 musim Pepe Reina menjadi benteng terakhir Liverpool, beliau seakaan tiada pencabar untuk posisi no.1 itu. Mungkin kerana sejak dari zaman Rafa hingga Rodgers, semua pengurus seakan tak mahu bawa masuk penjaga gol setanding beliau tetapi hanya beli goli gred B. Saya tengok prestasi Reina kian merosot sejak musim lepas. Memang betul barisan pertahan juga ada saham menjadi punca banyak gol bolos, tapi tak banyak aksi melenyelamatkan bola samada akrobatik atau aksi mencemaskan ditunjukkan Pepe berbdanding goli kelab bawahan macam Vorm, Foster atau Al Habsi.
Kemungkinan besar jika prestasi Pepe tak berubah, seawal Januari pesaing yang lebih sempoi akan dibawa masuk. Nama glamer Football Fantasy macam Vorm dari Swansea mahupun pemain muda glamer dari Football Manager, Marc Stegen dari Borussia Monchengladbach telah dikaitkan. Kalau Vorm memang saya rasa beliau memang calon terbaik tetapi Stegen saya tak berapa nak pasti kerana tak pernah tengok permainan belaiu secara langsung kecuali di Youtube saja.
Apapun yang terjadi kelejenan Pepe memang dihargai tetapi ada masanya bilamasa prestasi beliau merosot dan kian merosot dari musim ke musim, langkah pencegahan perlu diambil. Ianya jadi kebiasaan menambaikkan sesuatu posisi jika pengurus merasakan tiada guna mengekalkan pemain yang akan mengakibatkan kesusahan kepada pasukan. Hati naluri saya harap Pepe boleh berubah dan jadi sesempoi dulu dan kekal sebagai penjaga gawang no. 1 kita, tapi jika masih merosot, saya harap Brendan buat keputusan yang tepat mencari pemain yang lebih hebat dari Pepe bukan goli belen cap ayam.
aku rasa kalau letak defander terbaik dunia pon purata untuk bolos masih amat tinggi...aku rasa baik dia besara jadi pelakon lagi bagus
ReplyDeletedulu banyak lepas gol silang, tak boleh baca bola cros ...bola rembat dah tentu tak boleh save tak cukup spring ker tak cukup tinggi tak tau la...
sekarang ni lak bola boleh masuk mana mana celah, selagi mana dipanggil celah...celah kankang dah pasti, celah ketiak, dan juga celah gigi
UBAH!
maybe dia ade sifat kesetanan coz dia penah dikaitkan dgn mu dl.. aku harap player liverpool xde sifat minat pd mu lsg.. YNWA!
ReplyDeleteReina ada masalh syok sendiri
ReplyDeletepdhl dia antra punca pasukan kita dok tgga ke 8 musim lps..