Kes Mohamad Salah boleh merujuk kepada Mkhitaryan dan Willian. Modus operandi hampir sama cuma bezanya bagi kes Salah nilai perpindahan taklah sebesar Mkhitrayan dan Willian. Yang betulnya Liverpool telah membuang masa hampir 4 bulan membuat rundingan demi rundingan tanpa kata putus. Ianya mungkin bukan sensasi jika tiada kenyataan sana-sini yang Salah 100 persen akan ke Liverpoolfc dan rundingan macam bunyi dah muktamad. Saya tak tahu apa yang terjadi belakang tabir tapi ada maklumta dalaman yang menceritakan serba sedikit apakah yang terjadi sejak dari mula hingga terkini perkembangan Liverpool, Salah dan Chelsea.
Liverpool mengintai Salah di Basel sejak Oktober dan kerap menghantar perisik untuk perlawanan domestik Basel. Rundingan bermula November semasa perlawanan dengan west Ham,antara ejen Salah dengan Ian Ayre untuk perpincangan terma. Liverpool dan Basel bersetuju secara lisan dan begitu pantas menjadi destinasi utama Salah dalam perpindahan Januari. Salah menganggap bahawa Liverpool boleh berikan peluang kepada beliau untuk mengasah bakat, mendapat peluang dalma kesebelasan utama dan mungkin menjadi bintang utama.
Tiada sesiapa pun tahu mengenai apa yang berlaku antara ejen Salah dengan Ayre, tetapi cara perundingan dan sensasi dari media menunonjolkan bahawa Salah adalah bakal pemain kita kerana taida kelab lain yang masuk campur atau kacau daun dalam peringkat awal. Memang menghairankan bahawa bilamana Liverpool macam main akal bila memberikan bidaan kurang dari separuh yang menurut perjanjian lisan sebelum ini. Kemarahan dari pihak Basel membuatkan mereka menaikkan niali Salah lebih tinggi dari perjanjian lisan awal.
Nah ambik kau, bila dah janji tapi dicapati, Basel tidak berikan peluang kepada Liverpool lagi kerana menggangap Liverpool cuba pekena mereka dan rundingan awal yang begitu mesra macam buang masa mereka. Basel buka bidaan kepada kelab luar dan AC dan Inter Milan mahu masuk jarum tapi mereka tak mampu bayar macam harga yang Basel mahu. Kelab dari Bundesliga, Lverkusen dan Monchengladbach sanggup bayar harga Basel, namun Salah tak mahu ke Jerman dan lebih inginkan England dari segalanya. Chelsea ketika ini masih memerhatikan dengan licik situasi Salah dan Liverpool, tapi masih belum memulakan langkah lagi.
Memandangkan Salah taknak ke Bundesliga, pengurusan Liverpool mungkin anggap boleh melengahkan perpindahan Salah untuk musim depan. Tetapi bilamasa Newcastle telah membuat bidaan yang Basel mahukan, barulah Ayre kelam-kalibut nak buka semula rundingan. Terma dan syarat bagi ejen dan Salah memang sudah kawttim dan tiada apa yang nak kalut sangat. Tetapi dengan Basel yang hati dah terguris, Liverpool terpaksa berikan jumlah yang melebih tawaran asal dan Basel terima pada mulanya. Namun bila Chelsea dengar yang Liverpool dan Basel dah hampir kata sepakat ketika inilah mereka masuk jarum.
Tambahan pula degan ura-ura penjualan Mata ke menyu, membuatkan Chelsea kena dapatkan pengganti juga. Mereka dengan pantas buat tawaran yang lebih lumayan yang saya rasa Liverpool takkan mampu nak pergi lebih jauh dari itu. Namun begitu ada kelab ketiga yang tidak mahu didedahkan profil mereka cuba cilok Salah dari genggaman Chelsea. Namun apakan daya, Salah terpaksa mengikut pilihan orang tua, dan kena kahwin paksa ke Chelsea. Walaupun saya nampak ini bukan pilihan beliau, namun ianya memang tak dapat dielakkan oleh kerana Liverpool buat tahi dari awal lagi.
Cerita pedih macam ini sudah kerap berlaku kepada pasukan kita. Cristiano Ronaldo, David Villa, Daniel Alves, dan Radamel Falcao, banyak yang dah hampir ke Liverpool, namun karenah birokrasi kelab yang suka buat keputusan terlebih bijak membuatkan kita hanya boleh tengok pemain tersebut meletop-letop di kelab lain. Saya tak salahkan Brendan Rodgers dalam kes fisaco Salah ini, namun dia terpaksa akur yang kuasa membeli pemain bukan 100 peratus ditangan beliau. Bagi kes Salah, nilai 10juta pound tawaran asal adalah pelaburan berisiko sederhana bagi pemain yang punyai pengalaman dalam Liga Juara-Juara, berbanding Aspas yang pernah main di Liga Divisyen 2, Sepanyol.