Suarez sering diperkatakan bahawa pemain hebat dan pemusnah jitu. Namun menurut statistik majoriti 73 gol datang dari jaring pasukan belasahan. Hanya 6 darinya membolosi pasukan kuat iaitu Man City (1), Man U (1), Chelsea (2) dan Arsenal (2). Gelaran pembuli pasukan kecil telah diberikan oleh seorang pengulas yang saya mahu namanya dirahsiakan. Maksudnya disini Suarez tetap merbahaya, namun beliau masih perlu skuad yang hebat untuk menaikkan lagi kebolehan untuk menundukkan pasukan elit.
Apa yang nak saya tekankan ialah kembalinya Sturrdige amat dirindui oleh peminat, tapi juga kepada Suarez rasanya. Apataknya ketika berhadapan dengan Man City dan Chelsea kekuatan pasukan amat setara antara kita dan mereka. Namun kekurangan kita adalah apabila Suarez dirantai oleh bek berkelas dunia, maka sumber gol seakan kering-kontang. Kalaulah ada Sturridge mungkin nahas Man City dan Chelsea haritu. Pengadil yang memihak kepada lawan kita itu mungkin terpaksa berkerja keras lebih dari gol Sterling yang tak dikira.
Dalam keadaan sekarang keperluan untuk memberi penyerang baru saya rasa masih belum sampai tahap kritikal. Masa Strurridge cedera bulan lepas memang ada juga tetapi Brendan masih berharap dengan Aspas, maknanya barisan depan tiada muka baru. Khuatir juga yang Sturridge bakal berkarat dan perlukan masa untuk kembali ke tahap lama. Namun prasangka hilang dibawa angin kuat dan hujan lebat di Brittania begitu sahaja dek kerana persembahan luar jangka serta gol bertaraf dunia dari Sturridge.
Cuma sekarang untuk menjadikan SAS lebih efektif pasukan kita kena bermain lebih garang untuk menyerang. Bahagian tengah wajib menyediakan lorongan serta hantaran terbaik buat SAS. Kalau tak pun buat macam Skrtel. Bila nampak Suarez tak dijaga, buat hantaran sejauh mungkin, sebab Suarez tahu apa nak buat untuk hasilkan gol. Dengan kembalinya SAS lawan kita pasti tak lena selepas ini.
suarez+sturridge 2013/2014=ronaldo+rivaldo world cup 2002
ReplyDeleteYNWA!!!
apabila mempunyai gandingan terbaik eropah seperti SAS..actually, kebiasaan sesbuah team sepatutnya menang liga malah sudah layak ke perlawanan akhir CL. Tapi mcm biasa la, bila defender memadamkn kelebihan itu apa kita bole buat
ReplyDeleteMessi tak pernah score lawan chelsea
ReplyDelete