Mulanya tak mahu nak tulis pasal Moses, tapi sebab dah masuk separuh musim dah, nak bincang sikit kat sini.. Faktanya dia bukan pemain kita dan datang sekadar pinjaman dari Chelaea. Kita masih tak rugi banyak walaupun terpaksa tanggung gaji dan juga bayaran untuk memajak beliau selama satu musim. Walaupun masih muda remaja, namun Moses dah lama dalam Liga Inggeris sejak bermula di kelab Crystal Palace. Dia main dalam Liga Perdana pun bukan dengan Palace, tapi setelah berpindah ke Wigan. Lepas Wigan selamat dari terjatuh ke lembah Liga Kejohanan, Chelsea sambar pemain antarabangsa Nigeria ini.
Mungkin ramai tak faham kenapa Chelsea beli pemain sayap ortodok padahal tak pernah pun kita tengok sejak Mourinho masuk dan keluar dan masuk balik, Chelsea main guna kepakaran pemain sayap. Puncanya amat mudah, Chelsea beli sebab pada masa itu kelab lain seperti Man City, Arsenal dan juga Spurs ada ura-ura nak beli. Jadi mereka dah potong garisan dan beli bukan sebab nak pakai sangat, tapi takut pasukan lain dapat Moses yang pada masa itu tengah meletop. Dan pada masa itu beberapa pemain lain setara dengan Moses seperti Kevin De Bruyne dan Marko Marin.
Sebab apa Liverpool perlukan Moses dan meminjamkan Assaidi ke Stoke. Ini seseuatu yang subjektif pada awal musim, Brendan tahu dan kenal Assadi siang dan malam ketika latihan. Jadi beliau tidak berikan kesempatan kepada Assaidi kerana faktor yang beliau sendiri faham dan kita haram tak tahu dan buat spekulasi buta. Jadi pengambilan Moses adalah kerana Brendan percaya dengan kemampuan Moses di Wigan bukan Moses di Chelsea dan beliau harap Moses akan jadi macam Sturridge yang terabai di Chelsea dan meletop di Liverpool.
Penampilan Moses macam cerita dongeng, masuk-masuk masa lawan Swansea dia jaringkan gol penyelamat maruah untuk pasukan kita seri 2-2. Sejurus perlawan dalam temuramah Moses cakap yang dia sasar 20 gol paling kurang untuk bersama Liverpool. Lepas itu apa jadi kawan-kawan, sejak dari penampilan itu Moses kian hancur bederai dengan pelbagai musabab dari beliau sendiri ditambah lagi dengan alasan Brendan letak belia diposisi penyerang kedua yang beliau kekok main. Sekembalinya Coutinho dari kecederaan Moses dah tak dipandang lagi oleh Brendan sejak hari ini.
Tapi sekarang kesabaran di pihak Liverpool dah makin hilang dengan situasi Moses kerana pihak Chelsea dah bersuara. Kecaman dari Mourinho sebab pemain beliau tidak diberikan belaian kasih sayang semenjak di Anfield katanya. Hinggakan pihak pengurusan Chelsea keluarkan amaran yang mereka takkan berikan kesempatan kepada Liverpool dalam sebarang urusniaga yang membabitkan pemain mereka. Terkini ialah percubaan Brendan untuk dapatkan Ryan Bertrand mungkin akan dibolayan dan apatah lagi jangan bermimpi untuk dapatkan Juan Mata.
Brendan Rodgers masih kool dan tenang walaupun spekulasi penghantaran pulang Moses ke Chelsea boleh diambil kira jika Brendan terasa hati. Pintu perpindahan yang telah dibuka mungkin serampang dua mata menangani situasi ini. Saya anggap jika ada pemain sayap baru dibawa masuk tak kiralah Mat Salah atau sesiapa sahaja, mungkin Moses pasti kena kemas beg balik London. Itu opsyen terakhir dan jika berlaku ianya merupakan perpindahan terakhir Chelsea-Liverpool dalam era Mourinho. Kesimpulan aktiviti Moses di Anfield ialah perabis boreh.
tak semua yang datang dari chelsea tu baik dan berkualiti. chelsea pun mesti bengang punya bila player liverpool yg di loan ke kelab lain mengalahkan team diorang macam borini dan assaidi buat tu
ReplyDeleteBrendan mengenai Moses:
ReplyDelete"Kamu datang dari kelab bagus ke kelab HEBAT macam Liverpool yang mahukan harapan tinggi setiap hari..Ianya termata berbeza dari segi mentaliti/pemikiran. Itu yang membuatkan lebih masa perlu untuk sesuaikan diri."
kesimpulan: Moses memang tak berapa bagus dari apa yang Liverpool ada.