Kamu mungkin berasa selesa kerana Liverpool tidak kalah pagi tadi. Tapi bagi saya peluang terbaik untuk mengekalkan peluang ke Liga Juara-Juara kian meruncing kerana tercicir 2 mata berharga di Anfield. Apa nak berkira sangat dengan 2 mata jauh lagi bulan May anggapan sesetengah peminat. Ya sememangnya kalau kurang separuh mata sekalipun, kita dengan pasukan Everton, Spurs dan mungkin Man U boleh dikira jauh dari selamat dek kerana keputusan dari perlawanan wajib menang tadi..
Saya tahu Brendan mahu tekan Villa dengan main formasi menyerang ala Gung-Ho. Tapi letak Gerrard sebagai pengganti Lucas dan bergandingan dengan Hendo memang satu taktikal bahaya. Gerrard bukan reti main macam Pirlo walaupun hantaran jauh mereka sama-sama hebat. tambahan pula Hendo yang kena kejar pemain tengah Villa yang nampak laju dan agresif ketika ada atau tiada bola. Lagipun Villa macam dah tahu kelemahan Gerrard sejak awal sepak mula lagi.
Gol pertama contohnya, walaupun memang Curi Ayam, tapi barisan pertahanan kita tak mampu mengejar lawan yang pantas melakukan serang balas dan bek kita hanya mampu meramaikan majlis, tapi tak mampu halang lawan jolok bola masuk kedalam gawang kita. Gol kedua, salah faham Johnson dan Mignolet. Tapi berat nak cakap yang beliau dah selalu buat silap kebelakang ini dan tiada siapa nak bersaingan dengan beliau kecuali Jones yang langsung kurang disayangi Brendan.
Dalam dok main serabut, nasib baiklah Sturridge menyelamat keadaan dengan gol penaik semangat setelah peminat sedang panik dengan ketinggalan 2-0. Separuh kedua, Coutinho dikeluarkan atas dasar taktikal dan dimasukkan Lucas. Kemasukan beliau barisan tengah nampak kemas dan tertib serta dah kurang kelam kalibut. Ketika itu juga barulah Gerrard main macam Pirlo dengan hantaran jauh kepada Suarez. Suarez pandai main akal dengan meluru kearah goli Villa yang dah tentu akan tangkap kaki Suarez bukannya bola yang dikuis awal oleh Suarez. Gerrad dengan kool menyudahkan penalti untuk pasukan kita seri 2-2.
Macam mana kita tak hampir kalah, kerana percaturan silap Brendan. Namun kita harus juga puji Brendan kerana dia akui kesilapan dengan memasukkan Lucas sejurus separuh kedua. Namun nasib tak sebelahi kita kerana disaat dia teramat diperlukan masa itulah dia cedera. Kemasukan Allen boleh tahanlah juga tapi apa nak buat nasik dah jadi moi, nak undur balik 2 gol yang kantoi bukan mudah dengan pemain kita yang kadang-kala buat mangkaq macam Cissokho yang sepak macam main ragbi tinggi sampai ke planet.
Kehadiran Towkey Henry dan Madam Linda memang bagus masa main teruk ni. Biar mereka tengok betapa pasukan kita kena penambahbaikan lagi Januari ini. Jangan dok kemut nak tulis buku cek beri kat Brendan untuk beli pemain. Dan Brendan jika Henry dah bagi duit nanti jangan dok memboros beli jajan plak Beli pemain yang sangat perlu iaitu pemain yang macam Mascherano. Kalau ada duit belen lantaklah nak belia siapa pun janji pemain tengah bertahan adalah pemain pertama yang dibawa masuk Januari ini.
Aku pn tk pham la.time2 team kita dh main ok time tu la nk tkar taktik la ape bgai..
ReplyDeleteBerguna jugak abam lucas tu..masuk je tros power liverpool main..aku da ckp mignolet tu main mkin trok..letak je simpanan 2 3 bulan smp die xbuat mistkae bodoh..lg satu skrtel n toure tu da bleh jual da..xleh harap lgsg men ngn striker bdn besar je lingkup..baik beli shawcross ganti dgn defend2 liverpool yg x berguna semua tu..
ReplyDeletebile da injurd baru nak nampak fungsi lucas?.. kalo perasan liverpool mmg dari era rafa benitez lg mmg kene ade defensive midfield utk jd tunjang pasukan. dulu kite ada alonso, mascherano, tapi tgk skrg ni, posisi tu mcm x dipandang je.bile da injurd mat lucas baru gelabah cari optional lain. Allen ganti lucas? Liverpool perlukan seorang DM yg tinggi dan keras mcm Yaya Toure (man city) . Knp x train adik die si Kolo2 tu je main DM biar pun tgk menggelabah skit tp gaya fizikal tu ade dari Si Allen kemetot. Nak challenge bola heading pun berterabur jatuh aku tgk duk bawah ketiak player lain je dpt. aisehmen.. jika BR nak julang EPL or nak layak top4 . 1 je formula kene buat dr dulu.. berfikir awal sebelum bertindak bkn da kene br nak fikir. tpn mmg nmpk BR ni ada gaya2 rafa jugak la asik nak try experiment aje. skrg musim nk julang bkn musim try lg la BR
ReplyDeleteSbenarnya John W Henry xder lah kdekot mana...tgok antara psukan yg xmsuk cl kita jer yg plg tinggi bli pmain mlh mlebihi psukan sperti MU..BR tu yg bnyk clap dlm pembelian pmain...tgok ilori tu...dy kata da lama da dy dok perhatikn dy...tp smpai skang xmen...apa guna klw bli pmain utk masa dpn tp xbg dy men..dy pon perlu konfiden gak..n lg satu pnyakit reina da bjangkit ke mignolet..tlalu slesa krana xder kompetition ngan gk len...spatotnya kita bli stegen tu bg gertak ckit mignolet tu..n lg satu aq xrasa Gerrard lyk dlm ksebelasan utama...
ReplyDeletehanya kerana satu pertukaran posisi buat Liverpool merana...
ReplyDeletelucas 3 musim belajar dari pengalaman, kemudianya posisi ini jadi misteri nusantara bila manager lain ambil alih ini lah satu satunya posisi yang tiada galang gantinya...
rumours pembelian AM, Pemain sayap ,buat setangah peminat seronok macam menang EPL, tapi aku rasa macam nak muntah... tolong lah beli DM BR oi...
Kalo bole admin...kalo bole ckp kt BR la...cube dgr pendapat fans Liverpool yg sekian lama nak DM baru...adeh...tlgla beli DM baru...jgn harapkan Lucas je...tkde yg staraf die stakat ni..
ReplyDeletesepatutnya liverpool patut beli Fernando Reges untuk backup tempat Lucas...
ReplyDelete