Nilai seorang pemain bertaraf Penguatkuasa (Enforcer) Tengah yang dimiliki oleh Lucas amat simbolik dalam pasukan kita. Lucas 3-4 tahun lepas memang dah tak sama kualiti dengan Lucas yang cedera minggu lepas. Namun peranan beliau amat penting dan ketiadaan beliau menjejaskan kestabilan pasukan. Pemain penguatkuasa macam Mascherano adalah paling mantap dalam sedekad lalu, Lucas pengganti yang nampak lebih profil rendah namun semua kerja kotor dibereskan tanpa banyak komplen dan pemain lain cuci tangan.
Saya hairan percubaan eksperimen pertama Brendan untuk meletakkan Gerrard sebagai Pirlo versi Liverpool. Pirlo dalah Pirlo dan kualiti Pirlo adalah ekslusif hanya di Serie A. Kalau dia main di Liga Inggeris, Pirlo akan bakal menerima nasib yang sama macam Juan Sebastian Veron. Di Liga Inggeris mobiliti pemain tengah adalah isu besar. Barangsiapa yang hanya pandai buat hantaran tapi bila kantoi dia lambat bertindak, maka balasan azab akan diterima oleh pertahanan dan goli. Kalau nak main jugak Gerrard sebagai perancang di bawah, kena panggil balik Gerrrard Houllier dia tahu apa nak buat.
Suka atau tidak kena faham realiti. Liverpool jika nak pergi jauh dalam kelompok elit untuk Liga Juara-Juara, kena bijak dan sentiasa bersiap sedia. Peluang Januari ini saja yang kena gunakan sewajarnya untuk muhasabah diri. Bagi saya Brendan kena tegas dengan FSG serta gabungan panitia pemilihan pemain. Kalau betul Brendan mahukan pengganti Lucas, dia kena dapatkan yang terbaik dipasaran bukan tangkap muat untuk jimat poket FSG demi falsafah mekanisma penjimatan ala Arsenal.
Ramai yang saya dengar mahu dibawa masuk ke Anfield, tak payah lah nak disebut sebab belom tahu kesahihan . Cuma dalam keadaan persaingan yang kurang oleh pasukan lain untuk pemain diposisi itu saya rasa Liverpool ialah destinasi cocok bagi pemain tengah yang berkalier yang mahu menjadi pemain utama. Saya tak kisah tua atau muda pilihan Brendan, tapi yang penting pemain itu perlu memenuhi kriteria yang lebih kurang Lucas atau bonus kalau kita dapat yang lebih dari itu. Buat Brendan, John Henry dan panel pembelian pemain, jangan hampakan harapan peminat.
Tak setuju dengan statement 'tangkap muat'. Sebab tak tangkap muatlah Liverpool berhati-hati beli player. "Value for money" menurut falsafah BR & FSG. KK dulu ya tangkap muat. Asal dapat player kegemaran dia (Carroll, Downing, Hendo, etc.), dia terus bid tak kira mahal mana. FSG dah beri peluang tu kat KK. BR kena bekerjasama dengan FSG kali ni.
ReplyDelete