Ianya suatu kebaikan dalam musibah. Suarez mungkin bakal ucap sayonara kepada Piala Dunia di Brazil bulan depan. Tetapi beliau mungkin boleh berehat sampai musim Liga Perdana Inggeris bermula awal Ogos nanti. Kalau Uruguay mahu buat tahi, nak bagi Suarez boleh main juga dalam Piala Dunia nanti, saya takut kejadian yang menimpa Fernando Torres dulu terjadi kepada Suarez kali ini.
Sebelum ke Piala Dunia 2010, Torres dah cedera, tetapi Sepanyol tetap mahukan Torres kerana pemain lain tak boleh harap ketika itu. Lepas itu episod kecederaan demi kecederaan melanda Torres. Nasib baik Chelsea baik hati tolong beli pemaain yang dah tak berapa cergas sebagaimana awal bersama Liverpool dulu.
Menurut doktor yang menjalankan pembedahan, proses penyembuhan boleh mengambil masa sampai berbulan-bulan. Jadi saya harap Brendan Rodgers kena pastikan penyerang baru dibeli ataupun jangan jual dulu Borini. Kita harap Suarez sembuh sampai musim bermula. Tanpa kelibat Suarez Piala Dunia tetap ceria dan kita boleh sokong England sebab ramai pemain Liverpool.
Berita terkini menyatakan Suarez sempat sembuh untuk kempen Piala Dunia. Entahlah... risau juga nasib yang menimpa Torres akan berjangkit kepada El Pistolero #YNWA!
ReplyDeletetanpa suarez skuad uruguay mampu ke peringkat 16 pasukan, rehatkan suarez masa perlawanan kumpulan memang satu taruhan yang berisiko, skuad uruguay sekarang dah mantap, Forlan masih ditagih Oscar Tabarez, ada juga Cavani
ReplyDelete