Perkara yang paling penting musim baru ini ialah berjaya mengikat kontrak baru buat Brendan Rodgers. Walaupun kejayaan Brendan bukan secara mendapatkan piala, namun sasaran berjaya diusahakan dengan jayanya pada musim kedua, yakni melayakkan dalam kejohanan Liga Juara-Juara. Brendan masih muda dan mentah, namun beliau mempunyai mentaliti yang sepadan dengan apa yang digariskan oleh pihak pengurusan, FSG. Beliau menjadikan Liverpool pasukan terbaik bukan dengan limpahan duit yang banyak tetapi menggunakan majoriti pemain tinggalan pengurus lalu dengan efektif.
Musim pertama biasalah pemain masih sangsi dengan beliau apatah lagi peminat. Brendan mahu tunjuk eksyen dengan menggunakan pendekatan Tiki-Taka kerana bagi beliau kelab sebaik Liverpool kena main cantik barulah sempoi katanya. Tetapi macam buah durian, kulit yang cantik belum tentu isinya lemak berkrim. Jadi Liverpool secara kosmetiknya cuba meniru macam Barcelona atau Swansea, tetapi set pemain yang sedia ada memang tak sesuai dengan hantaran pendek tanpa arah tuju itu. Musim pertama berlalu tanpa sebarang pencapaian dari segi keputusan, namun Liverpool mencipta statistik hantaran paling sukses.
Musim kedua Brendan pendekatan berbeza. Saya boleh agak beliau macam meniru Borussia Dortmund. Main pantas menggunakan pemain hadapan yang saling bertukar-tukar posisi. Pembelian Disember musim sebelummnya, Sturridge dan Coutinho melicinkan lagi gaya permaian Liverpool yang nampak efektik membantu Suarez. Bercakap pasal Suarez, kita tahu langkah pertama kepada prestasi Liverpool musim ini juga bertitik tolak kepada kejayaan Brendan memujuk Suarez supaya kekal. Bila Suarez mulai fokus Liverpool telah berikan kejutan dari sekadar pilihan ke Liga Europa kepada pencabar kejuaraan Liga Perdana.
Selain itu kita nampak keberkesanan taktik perlu disulam dengan mentalti yang kuat. Jiwa yang lapar dan dahagakan kemenangan. Sebab itulah sampai pintu perpindahan Disember dibuka Brendan buat pekak dan biarkan pemain macam Mohamad Salah dapat kepada Chelsea dan Yevhen Konoplyanka, masih kekal di Ukraine. Memang kita setuju ianya macam keputusan yang khilaf , tetapi Brendan nampak pemain sedia ada terutamanya Sterling yang kian meningkat naik bakal terbantut dengan kehadiran pemain baru yang belum tentu berjaya. Satu lagi Brendan bagi peluang Flanagan untuk bersinar, yang musim lepas macam dah nak kena lelong.
Prestasi cemerlang Brendan masih perlu banyak penambahbaikan. Ada perkara yang pastinya perlu diperhatikan yakni kebolosan tinggi. Perkara pokok bukanlah menunding kesilapan individu yang perlu diperbaiki. .Lebih pada itu taktikal ketika bertahan secara berpasukan memerlukan satu lagi tesis yang panjang lebar, perlu dibuat kajian ilmiah mendalam. Jika ianya sukses dan hasilnya positif Brendan mendapat Doktor Falsafah dalam bidang taktikal. Dan sekali lagi perjuangan untuk perebutan gelaran Liga bukan lagi kejutan tetapi lebih realistik.
Kita nampak Brendan memerlukan sumber dana yang mantap untuk menguatkan pasukan. Pembelian pemain yang boleh menguatkan pasukan memerlukan kocek yang tebal. Saya yakin setelah kontrak dipersetujui antara Brendan dan pengurusan, jumlah dana yang diberikan mungkin juga telah dipersetujui. Harap-harapBrendan tak terlepas pemain yang memang menjadi sasaran dek kerana kekangan kewangan. Kalau tak musim depan macamana Brendan nak bersaing dengan kuantiti dan kualiti yang semacam musim lepas. Musim lepas tiada perlawanan di Eropah bolehlah, musim depan belum tentu pemain sedia ada boleh mengharungi kira-kira 50-60 perlawan satu musim.
bang..pasal tu season lpas kt sepatutnya dpt skurgnya satu cup sbb kt ada pluang terbaik n itu penting utk moral pemain n pminat..why just only dreaming when u can achieve it..tgk arsenal yg hampir mgorbankn pluang utk bersaing tahun ni dlm ucl wlau xprnh miss stiap season smata2 krn nak sbuah cup wlau hanya piala FA..but anyway tahniah utk BR atas peningkatan yg dilakukan n semoga liverpool sentiasa sukses slalu..ynwa..
ReplyDelete