Maaf semua. Baru 3 hari blog ni tak dikemaskini dah macam huru-hara dah jadi. Saya bukan merajuk atau kecewa sebab perlawanan dengan Crystal Palace. Cuma keluar kawasan sekejap dan tak mampu nak luangkan masa barang seketika buat ulasan sejurus perlawanan. Saya harap peminat Liverpool jangan dok tensen sangat sebab pasukan kita dah berada dalam kedudukan terbaik walaupun hampir-hampir nak buat kejutan dalam sejarah Liga Perdana. Macam yang kita tahu, sasaran musim ini dah tercapai untuk ke Liga Juara-Juara, namun bonus untu medal Liga sudah hampir-hampir tamat.
Brendan Rodgers harus dipuji kerana meletakkan mentaliti baru dalam pasukan kita. Taktik menyerang kamikaze untuk menang gol banyak masa lawan Crystal Palace adalah satu benda yang saya rasa ramai peminat mahukan. Tengok ada yang teka sampai Liverpool akan makan Palace 9-0. Tetapi setiap taruhan yang tinggi ada risiko yang tinggi juga. Itulah lumrah kita tak perlu nak pertikaikan penilaian Brendan dan juga pemain. Tekanan berada dipihak kita kerana Palace tak punyai sebarang kegusaran untuk main secara bertenang.
Bagi saya satu saja punca awal yang paling membuatkan pasukan kita tak seimbang selain dari mentaliti yang tak kuat. Ianya sebab penggantungan Jordan Henderson 3 perlawanan. Setuju atau tidak, itu hak masing-masing. Sebab apa yang saya nampak bila tiada Henderson, pengganti beliau Lucas tak mampu bertugas dengan baik . Pasukan kita sudah terbiasa dengan larian dan kerja-keras Henderson jika bola berada diatas atau pun dikawasan sendiri. Bila dia menyerbu lawan, kalau bola tak kantoi sekurang-kurangnya lawan tak boleh nak mara kekawasan Liverpool dengan mudah kerana sergahan awal beliau dapat berikan rakan lain turun ke posisi masing-masing..
Bila cakap bolos, ramai menunding jari kepada Skrtel dan Sakho. Ia mereka ada saham besar sebab bolos dengan Chelsea dan Palace. Tak adillah nak buat penilaian sebegitu kerana dalam bolasepak, setiap pemain ada tanggungjawab dalam pasukan tak kira ketika bertahan atau menyerang. Cuma sejak dari awal musim sampai sekarang Brendan masih tak nampak betapa keperluan seorang pemain "Kereta Kebal" yang perlu jika taktik menyerang secara kamikaze memakan diri. Dalam formasi 4-3-3,
Lagi satunya paling ketara dan tiada selindung lagi ialah posisi Glen Johnson perlu penilaian semula. Samada pengganti beliau ialah Flanagan atau sesiapa sahaja itu terpulang kerana Johnson amat merbahaya kepada pasukan sendiri dalam siatuasi serang balas. Penilaian dan tahap kewaspadaan beliau menghadapi serang balas lawan amat mendukacitakan. Bolasie sepanjang perlawanan bagaikan mimpi ngeri buat GlenJo. Glenjo sebenarnya liabiliti dalam unit pertahanan sebab saya dok ushar sejak dulu lagi, Dirk Kuyt banyak tolong ligan pemain lawan bila Glenjo asyik lalai.
Benda dah lepas dan berlalu apa nak buat. Jadi kita teruskan sisa perjuangan untuk kemenangan dengan Newcastel pula. Cuma saya harap jangan buat perangai lagi untuk tidak dapat kutip 3 mata. Sebenarnya kita boleh dapatkan keajaiban terakhir jika menang dan City tewas ditangan West Ham. Benda tak mustahil kerana bolasepak penuh dengan kejutan. West Ham pun bukan pasukan yang bagus tetapi beberapa pemain mereka adalah bekas pemain kita terutamanya Andy Carroll dan Stewart Downing. Malah Kapten WHU, Kevin Nolan seorang Scouser. Saya juga pegang janji Sam Allydayrde yang bakal buat City kecewa malam esok.
woo...bro,ingat kan merajuk.senyap je...hahaha...
ReplyDeleteKebetulan game Isnin , pagi selasa..
ReplyDeleteselasa off balik kamoung,
Rabu ada training...
khamis baru balik, masuk keja.
Diorang ingt saya ni Blogger 24/7 kot... hahahaa
Liverpool 3-0 Newcastle
ReplyDeleteJgn macam tu en. Admin.. itu maknenya ramai yg merindui tulisan en. Admin.. teruskanla berkarya walau apepon results game nanti... anda takkan berjalan sendirian.. !!!
ReplyDeleteLiv 4-0 NewCastle
ReplyDelete-stan-
Akhirnye bro admin muncul juge, tiap 30min msti msti sy tgk blog ni tgk ade news br x...mcm lg sgt admin mghilang, kalo kcewe or hepi ngn result liverpool msti sy bkk blog ni nk tgk ape ulasan brader coz ni blog bahase mlayu plg best yg blh wat sy snyum sorg2 time mmbace huhu...hope kte mng n setan biru klh mlm esk, InsyaAllah ameen...ynwa
ReplyDeletebang..sy bukan nk kutuk team sendiri tp kdg2 team liverpool ni mmg nk kne buat wake-up call yg betul2 power bru diorg nak ingt dunia..sebelum menang cup epl kt dh riak n kutuk2 team lain padahal kt masih hanya menggoyang telur semasa musim msh lg berjalan..akhirnya kt tetap setia brsama telur shingga akhir musim melainkan andy carroll n co dpt balas budi baik king kenny walau xde kat liverpool ..tekanan skrg dipihak city n sy rase perlawanan liv menentang newcastle adalah petunjuk sebenar team liverpool secara overall..sy dh xpeduli andai kt menang cup or tidak sebab harapan tu dh hancur masa kalah di tangan magic mourinho..tp musim depan adalah sesuatu yg mmg dinanti apatah lg proses pentransferan besar-besaran bg memantapkan pasukan..sy cuma berharap agar morgan scneiderlin dr southampton n mario balotelli masuk liv utk menguatkan pasukan..ynwa..
ReplyDeleteaku rasa 2 game terakhir Liverpool dikalahkan oleh kenaifan...kalau JM dengan sifat sombong bongkak BR ada sifat naif...
ReplyDeleteGame chelsea sepatutnya BR target seri mungkin 0-0 the rest Liverpool champion
Bila situasi sebaliknya kalah 0-2 sepatutnya tak perlu kekamikazian, lawan CP cukup sekadar menang 3-0, atau 1-0 cukup..aku rasa media dah buat BR rasa mcm ada magic, 9-0 adalah hampir pada kemitosan dalam situasi liverpool sekarang... kalau 9-5 mungkin ye!
Bila mata sama, segala kemungkinan MC main dalam tekanan masih ada... MC mungkin tak kalah pada AV atau NC tapi kemungkinan seri itu ada...
tak kisahlah, bubur dah pun basi, macam mana pun yang penting Glenjo dah sampai tempoh expired...lucas sudah sampai tahap bukan 90 minit punya player... kalau game penuh risiko sackho bukan jawapanya ada ciri ciri taore yang buat sel sel otak player lain teringkatkan satu perkataan 'gabra'..
pastikan dapat tello dan lallana, world class DM dan LB untuk saing enrique... RB tak perlu, shift jer balik flanagan kelly sebagai cover
bagi peluang suso dengan borini
aspas dengan asaidi boleh jual
ralat NC sebenarnya 'WH '
ReplyDeleteLiv mng 2-1 . Dan mengangkat kejuaraan liga . Betul kata cicak.. cute tinho 10
ReplyDeleteliv 3- 0 new
ReplyDeletepart time:
http://pay4shares.com/?share=123656
renung balik ke masa lalu, silap sendiri jugak sbenarnya... seri dengan west brom hasil kesilapan player sendiri, seri dengan crystal palace. kesilapan diri sendiri punca semua ni berlaku
ReplyDeletetak nak teka jaringan utk last game season nih
ReplyDeleteharap luck menyebelahi The REDs.... :)
#miracleofynwa
-shah_2134-
The Reds 3-2 The Magpies
ReplyDeleteLiv 3- new cas 0
ReplyDeleteLiv 3-new 0
ReplyDeletezam
Liv 3-new 0
ReplyDeletezam
liverpool 6 - 0 newcastle
ReplyDelete- azlan86 -
liverpool 2 newcastle 0
ReplyDeleteLiverpool 4 - 0 Newcastle
ReplyDelete_DiDi Laborteaux_
ada juga yg teka betul .
ReplyDeletetahniah cute tinho 10