Dalam bolasepak moden pelbagai kaedah bolasepak digunakan. Macam-macam corak samada Tiki-Taka, Total Football, Samba, dan terbaru Anti-Football. Tiada lain tujuan kesemua taktik digunakan dalam perlawanan ialah untuk dapatkan 3 mata atau sekurang-kurangnya tak tewas. Kepelbagaian dan rencam dalam bolasepak sebenarnya mewarnai kesenian dan keindahannya, supaya penulis sukan dan pundit-pundit dalam cenel bolasepak boleh bertekak dan tunjuk hebat sampai penonton ternganga depan TV.
Guru bolasepak bukanlah Johan Cruyff atau Franz Beckaubauer mahupun Raja Gopal. Mereka yang tersohor kerana berjaya mencorak permainan mereka sendiri padahal, mereka ini juga mencilok idea dari orang lain. Asas bolasepak mudah, cari jalan bagaimana nak jaringkan gol bila pegang bola dan nafikan peluang lawan dari jaringkan gol. Kadang-kala ada pasukan main mudah, dapat bola dari goli atau bek, cari kepala penyerang. Namun ada pula yang merumitkan keadaan dengan melakukan beratus-ratus hantaran kadang-kala nak bubuh sebiji gol pun susah.
Saya harap kita berlapang dada dengan pengurus lawan yang bermain penuh kelicikan dan sampai macam tak ada telur kerana terlalu takut kena ayam, padahal kalau kita tengok pasukan mereka punyai set pemain serangan kreatif dan dicemburui lawan. Tapi apa guna melabur berpuluh juta untuk pemain kreatif, macam ada kereta Ferrari jika atas Lebuhraya tekan takat 60kmj. Sampaikan pemain mereka sendiri mengkritik corak negatif yang adakalanya berjaya menyasarkan kemenangan tetapi kadang-kala bila sudah dibaca dan berulang-ulang dok main akal yang sama, kantoi juga lah akhirnya.
Saya begitu kagum dengan Simeone. Dia macam bayangan Brendan versi La-Liga. Tidak mempunyai skuad yang besar, bergaji mahal, tak beli pemain power dan paling menyedihkan kelab mereka tiada peminat diluar kawasan macam lawan mereka kalahkan ,Spartak Chelsea. Apa yang saya baca mengenai falsafah bekas ketua pasukan Argentina itu, beliau mahukan pasukan mereka main untuk menang tanpa melupakan nilai-nilai hiburan dalam sukan pilihan marhaen ini. Jadi bila saya tengok sekali imbas, bayangan Atletico memang terbias kepada Liverpool, cuma Atletico selama ini ditindas oleh Real Madrid, abang long kawasan.
Perlawanan Atletico dan Chelsea awal pagi tadi memang dramatik dan sesungguhnya memang boleh dikatakan hampir sama dengan lawan Liverpool. Cuma paling saya tak tahan sekali ialah 6 pemain pertahanan digunakan untuk main digelanggang sendiri. Ini macam nak bagi peminat sendiri menguap dan tidur sepanjang perlawanan. Apa saya terkejut sekali ialah bagaimana anak buah Simeone berjaya mengekang taktik negatif dan Fizikal Chelsea padahal kita percaya bulat-bulat Mitos pemain di La Liga lembik-lembik belaka.
Panik bukan pilihan bagi Atletico walaupun dah kena awal minit ke-36. Pasukan Atletico masih mengamalkan rentak menyerang namun saya tengok mereka cukup berwaspada dengan serangan balas lawan. Tak semua pemain naik menyerang, cuma 3-4 orang pemain yang saling bertukar-tukar posisi itupun Chelsea masih tak berapa nak menyerang macam pasukan tuan rumah yang lain. Gol Adrian, penalti Costa dan Turan bukan datang menggolek depan kaki tetapi mereka menggunakan helah sendiri untuk korek keluar pemain Chelsea dari gua mereka.
Kesimpulannya dari apa yang kita tengok Atletico aibkan Chelsea adalah bagaimana Simeone mungkin belajar dari kesilapan Brendan menghadapi lawan yang tiada telur. Dan diharap pula Brendan selepas ini belajar balik apa metodologi Simeone yang begitu ampuh sampaikan Barcelona dan Real Madrid pun sekarang dalam tak pandang sebelah mata lagi terhadap pasukan yang pernah jatuh dari La-Liga sedekad lalu. Bukannya apa, selepas ini, pasukan kita akan hadapi pasukan-pasukan elitis dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
aku pon pening tengok game chelsea ni, kata ni team A tapi apasai main lagi teruk dari team C ( CIKAI ), tu la balasan kat team, pengecut tambah penjahat, pembohong dan ditambah pengurus mulut longkang,
ReplyDeleteTak kira team A ka team B ka...effek dari game Liverpool sedikit sebanyak menyumbang pada kekalahan Chelsea... dok banga kalahkan liverpool rasakan lo!
Kesilapan Brendan? Game semalam berbeza dengan game Liverpool Ahad hari tu. Chelsea defend sepenuhnya lawan Liverpool, memang tak ada niat nak main bola, buang masa, hantar bola sejauh mungkin ke depan make sure player diorang semua 'di belakang bola'. Game lawan Atletico lain. Chelsea push ke depan sebab nak gol. At least Atletico ada space nak main cara diorang. Liverpool tak ada peluang langsung haritu. Ingat balik. Atletico pun tak lepas defend Chelsea bila Chelsea guna taktik sama lawan Liverpool masa 1st-leg haritu.
ReplyDeleteChelsea kalah pasal try main bola, masa lawan liverpool dorang tak main bola langsong,
ReplyDeletemasa lawan liverpool tak der hazard dan david luiz yang bersifat more offensive, kalau tak, game akan jadi terbuka... kalau game terbuka di anfield aku rasa game akan jadi milik liverpool.
Masa game liverpool tak der Terry, ini sebenarnya lebih menyukarkan ... tak percaya !?...Terry boleh jadi lubok yang tak diduga, dah tua la katakan..
Lampard pada satu satu ketika lebih menyulitkan, kalau lampard ada mungkin chelsea lebih kuat... Aku rasa ramai penyokong chelsea tak setuju yang ni ha ha biasalah kuat lupa daratan, team kaya la katakan.
Jadi untuk team mcm chelsea tak der istilah team 'B' yang ada ialah plan 'B'
tinggal lagi masa lawan game liverpool dorang guna plan' A' dorang yang terkenal 'PARKING BAS'
Jadi jangan jaja istilah team B loya tekak aku baca!!
oh ya sebelum ni aku dah kata cara nak kalahkan chelsea ialah cuba masuk sampai kedalam kotak penalti, ruang yang terhad tu adalah ilusi jer, liverpool tak masuk dalam kawasan penalti pasal cari ruang kosong berbeza dengan ATM yang dah tau ruang tu cuma illusi... yang jadi benteng tu bukan tembok tapi manusia rempuh jer lah!!
itu yg Brendan kena take note
Deletepasal kt xde plan B..ynwa..
Deleteseronok tengok taktik atletico, main pass bila kat kawasan midfield dan wing, bila nak attack je terus bagi hantaran jauh kat flanker/ far post, seorang player kena sambut bola tu tak kira la tanduk atau sepak yg penting kena ada 1orang lagi team mate yg kena finishkan peluang tu. rujuk gol pertama dan ketiga atletico, tengok muka player chelsea pun tak sangka diorang boleh biarkan gol macam tu. btw, yang dikejar tak kedapatan, yang dikendong keciciran itulah chelsea. terbawak-bawak kemenangan atas liverpool tapi lawan atletico hanyut dibuai mimpi.
ReplyDelete