Jembalang besar dalam melingkupkan kerjaya pemain bolasepak adalah ejen. Walaupun banyak pemain yang berjaya atas nasihat kerjaya dan kewangan dari ejen, namun lebih ramai yang melingkup atas kerana termakan hasutan mereka. Bagi saya situasi kontrak Raheem Sterling masih belum sampai klimaks lagi. Namun ada ura-ura yang beliau nak tolak gaji £180K seminggu membuatkan para peminat dah ramai meroyan. Itu baru masuk umur 20 tahun dah minta bukan-bukan, kalau lagi 5 tahun, ingat silap-silap dia minta £300K pula.
Bagi saya Liverpool kalau tak sambung kontrak beliau pun tak mengapa. Gaji mingguan £180K memang terlalu melampau ntuk beliau dan bagi saya paling minima beliau hanya layak terima kurang dari £100K. Setakat kemahiran gelecek dan kreatif tak berbaloi, sebab lagi 80K dia kena buktikan dengan penyudah yang mantap. Saya tengok penyudah beliau hambar dan Sterling bukan pemain yang dapat mampu secara konsisten sumbat gol. Kalau ada 5 peluang terbaik, paling banyak pun sebiji sahaja. Contoh masa lawan Menyu di Old Trafford sebelum ini, peluang melambak sebiji pon tak masuk.
Solusi yang tepat bagi Liverpool musim depan jika benar pihak Sterling tolak kontrak £180K ialah mencari pembida tertinggi dan jual untuk dapatkan pemain yang setaraf Suarez. Akibat jika Sterling dapat gaji lumayan akan akibatkan pemain lain juga nak benda yang sama. Mungkin Henderson juga terikut-ikut dengan perangai Sterling, namun saya anggap Henderson wajar dengan permintaan gaji 100k yang diminta oleh ejen beliau. Satu lagi dengan gaji yang tinggi adakah Sterling dapat berikan yang lebih baik dari prestasi sedia ada.