Perlawanan dengan Swansea menunjukkan bahawa Brendan Rodgers mampu menjadi pengurus hebat, bukan sebab dia bertuah macam Mourinho sebab pilih pasukan duit banyak sahaja nak uruskan Sebaliknya Brendan adalah pengurus sedang seakan membuat thesis atas padang. Teori yang dipraktikkan mungkin memakan masa untuk jadi sistem terbaik, namun dengan separuh pemain yang baru dari musim lepas, perubahan taktikal nampak cepat meresap dan nampak labanya.
Memang perlawanan dengan Swansea nampak pasukan kita bertuah bukan sedikit tetapi banyak. Swansea mampu membunuh permainan dari separuh masa pertama lagi. Peluang mereka melambak-lambak. Ada yang kelaut dan ada yang berjaya ditepis oleh Superman Belgium, sapa lagi bukan Mignolet yang sebelum ini kena bahan hebat oleh semua, termasuk Brendan Rodgers sendiri. Saya dapat rasakan yang persembahan pasukan keseluruhan lebih-kurang Swansea, cuma gol Henderson membezakan keputusan akhir.
Dari segi markah keseluruhan kesemua pemain termasuk Henderson sebagai penjaring gol tunggal mungkin nampak corot, kecuali Mignolet. Faktor hujan dan padang licin mungkin boleh diterima.Namun hantaran yang kadangkala nampak merapu, tak sampai dan dapat kepada lawan, menampakkan pemain kita main dengan taktik yang tak kena pada separuh masa pertama. Swansea berjaya mengekang Coutinho, Sterling, Lallana dan Sturridge sehinggakan tak banyak peluang langsung yang bahaya separuh pertama. Mereka menggunakan taktik permata dengan efektif.
Separuh kedua, lain pula cerita. Macam lagu Ratu Rock Ella, "permata pemotong permata". Taktik permata Swansea hanya layak disaingi dengan taktik permata jua. Taktikal Brendan membuahkan hasil, dengan kemasukan Gerrard sebagai Libero dibucu bawah permata. Coutinho dibucu atas dan diapit Allen dan Henderson. Dengan menandingi kekuatan dan penguasaan bola ditengah, Liverpool berjaya mendapatkan gol melalui gerakan Henderson serta mampu membunnuh perlawanan dengan Sturridge namun sepakan beliau sekadar terkena tiang.
Kemenangan dengan Swansea merapatkan jarak Liverpool kembali dengan kelompok pasukan atasan termasuk Man City ditangga ke-2. Hanya berbeza 4 mata, tekanan mulai dirasakan oleh pasukan atasan. Saya tak suka nak sasarkan posisi kedua, kerana ikut prestasi sebelum ini pasukan Man City tak selalunya berterusan dapat malang bertimpa-timpa. Sehingga itu, cabaran minggu ini dengan Menyu perlu dijadikan keutamaan sebelum nak cerita posisi mana nak disasarkan. Untuk edisi dengan Menyu, blogger jemputan Encik Awang Trasher bakal menjadi penulis tamu bagi membicarakan pendapat dan komentar beliau bagi hadapi perlawanan yang sengit itu.
No comments:
Post a Comment