Insiden Skrtel terpaksa dirawati hampir 9 minit menjadi tajuk bualan. Pemain yang mengasari beliau Gestede bukan tak sengaja tetapi beliau dah nak jadi Diego Costa jadian. Dia banyak kali dalam perlawanan itu mengasari pemain kita selain Skrtel. Sterling kena sepak diperut dan Mignolet cuba dilakukan sama seperti Skrtel, namun mungkin Mignolet lebih bersedia. Masalah pasukan kita tak ada pemain kepala angin. Bukan saya suka dengan pergaduhan, tetapi pemain yang main cara jijik mesti kena ajar dengan cara yang sama tetapi lebih dengan cara terhormat.
Tak banyak yang Liverpool boleh buat dengan pasukan yang main terlalu padat pertahanan mereka. Percubaan memang banyak, namun tiada ruang nak pecahkan tembok pertahan Blackburn yang cukup mantap bertahan serta goli mereka yang macam Superman menyelamatkan beberapa percubaan bahaya. Taktik ini memang berjaya untuk Blackburn kerana jika mereka main secara lebih terbuka, padah menanti. Seri dah kira macam kemenangan bagi mereka. Bekal untuk di bawa ke Ewood Park, dan mereka harap tuah akan memihak kepada mereka disana.
Bercakap pasal tuah, bila dah main ulangan nanti perlawanan itu bakal diapit dengan 2 perlawanan penting Liga Perdana dengan Menyu dan lepas tu Arsengal. Jadi Blackburn memang sangat bertuah disebabkan Liverpool takut hilang fokus nanti. Kiranya pasukan kita dah buang masa dan terpaksa buang tenaga nanti untuk perlawanan timbal-balas . Mungkin nasib akan berubah nanti sebab selalunya Liverpool lambat panas macam perlawanan peringkat sebelum ini. Saya yakin keputusan bakal memihak pasukan kita sebab larat mana Blackburn nak bertahan, lambat laun bocor juga sebab penyerang kita kalau dalam keadaan terdesak selalu menjadi.
Perlawanan replay ditangguhkan sebulan so akan lwn semula pada 8 april....jadi liverpool blh fokus top 4 dahulu
ReplyDelete