Liverpool kebelakangan ini mudah dijangka. Saya bukan nak cakap Menyu hebat sangat, tetapi corak permainan Menyu mirip masa mereka membantai Spurs 3-0. Spurs walaupun lain formasi dan corak permainan dengan pasukan kita, namun mereka banyak main hantaran pendek dan bergerak dari sayap. Corak Menyu yang main hantaran jauh dan formasi 4-3-3 nampak sangat sesuai untuk jahanamkan Liverpool yang memang agak longgar di bahagian tengah. Pemain kita macam Allen tak sepatutnya diberi tugas macam Lucas, nak jaga Fellaini. Sekali Mamat Sarang Tebuan tu pegang bola, nampak macam budak tingkatan lawan budak tadika.
Lagi satu saya tengok hantaran jauh Menyu telah mengakibatkan Sterling dan Moreno dah jadi anak ayam hilang ibu. Kedudukan mereka sebagai penyerang dan pertahanan dibahagian sayap tak efektif. Macam Moreno, dia nampak kantoi gila-gila. Bila nak serbu Valencia, kat belakang Mata pula lari dibelakang. Gol pembukaan Mata memang silap Moreno kerna dia tak menghalang Valencia dari awal dengan berada diposisi yang tak kena. Dah tu pula langsung tak mampu nak hadang bola lintang Valencia yang mencari kawasan tengah. Sterling bagi saya tak berguna dan habis karen dibahagian sayap tepi, kalau terdesak bubuhlah pemain yang agresif.
Satu lagi bila pertahanan dah cacamerba trio serangan Lallana-Sturridge- Coutinho tak banyak membantu bila dah penguasaan boal dikaki. Saya lihat Sturridge memang penyerang polifik, tetapi dalam sistem penyerang solo, Sturridge tak boleh nak asingkan diri dari Lallana dan Coutinho. Zaman Suarez ada dulu boleh la sebab Suarez yang banyak buka ruang untuk beliau. Saya nampak Sturridge bukan jenis mampu main dicelah bahu pertahanan, dia masih perlukan rakan peneyrang disisi. Bila pertukaran formasi separuh kedua, digandingkan dengan Balotelli beliau nampak lebih selesa dan mampu menjaringkan gol saguhati.
Insiden kad merah Gerrard menjadi bahan bualan hangat. Kita harapkan Kapten masuk sebagai pembawa aura kebangkitan, namun sebaliknya beliau buat perangai dan balun Harrera untuk dapat rehat balik dibangku simpanan. Kita tahu Gerrad jarang buat perangai macam tu. Tapi ada cakap-cakap yang akal fikiran beliau dah melayang di Los Anggeles, dan main tak sepenuh hati dan ikut emosi sebab kecewa tak diberi pilihan utama lagi. Apakan daya, beliau manusia biasa, mungkin dia sengaja nak cipta rekod sebagai pemain paling cepat dapat kad merah di Liga Perdana.
Main 10 orang pun, Liverpool masih berupaya dapat gol balik. Ini bermakna pemain boleh bangkit cuma Brendan kena buat pembetulan dengan tepat dalam masa yang singkat. Kalaulah tak main 10 orang, saya rasa nasib Menyu tak berapa bertuah. Separuh kedua Liverpool mendominasi perlawanan. dan banyak gerakan cantik dipersembahkan berbading separuh pertama yang lesu. Mungkin ada juga faktor Menyu yang dah tak mahu cari gol lagi, dan mahu berkubu padat dipertahanan sendiri.
Sekarang pasukan dah tertinggal 5 mata dibelakang Menyu dengan hanya 8 perlawanan lagi. Keciciran mata dengan Menyu mengakibatkan peluang makin sukar dan perlukan misi mustahil dengan Arsenal pula lepas ini. Nasib baiklah ada perlawanan antarabangsa sebelum ke Emerites. Dalam pada itu Brendan kena nilai kembali prestasi pasukan. Brendan kena lebih peka dengan taktikal lawan juga. Jangan dok syok sendiri inga dengan taktikal sendiri kerana pasukan lawan akan cari jalan untuk mematahkan kekuatan pasukan kita sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pengurus Zenith, Basel, Besiktas dan sekarang Menyu.
insiden kad merah gerrard.. dia patut terima, tetapi si jones dan fellaini pun patut kena kad merah atau kuning sebab kasar. Isu Di Maria sepatutnya boleh dibuang padang atau kad kuning.
ReplyDeleteKesimpulannya, kalau Gerrard boleh kena, 3 ekor ni pun patut kena baru adil. Peluang ref untuk tengok liverpool lumpuh kembali pudar lepas berikan penalti yang disia-siakan oleh rooney. Lojik biasa, itu bukan penalti. Muktamad.
jgn lupa bro rooney pun patut kena sbb mignolet dh tgkap bola dia p terjah..bru pg ni tgk2 skrtel kena gntung 3 games sbb pijak de gea..rooney lepas pulak?mcm @#$%^
Deleteaku sebenarnya dah agak boleh kalah bila blog dan fan liverpool mula congak statistik kemenangan demi kemenangan, menyampah betul aku... lalana pon bermulut besar yang amat, last last main macam harem...sepatutnya dia score dari peluang yang dia dapat masa game ni... satu jenayah bila tak score dalam kedudukan mcm tu hermm...maaf kasar skit ha ha!
ReplyDeletedan aku kira BR tak buat study masa spurs kalah dengan Manu sebelum ni mungkin tak sempat kot atau pandang enteng dengan Man U, pasal patern liverpool kalah sebijik macam spurs kalah... tinggal lagi Liverpool masih ada semangat melawan tak macam spurs yang kalah secara total...
Sebenarnya BR dah nampak plan B untuk masa kedua... Terbukti dengan serangan demi serangan dari Liverpool separuh masa kedua ... faktor kekurangan player yang merencatkan kebangkitan Liverpool. Gerrad gerrad isk iskk
isu kontrak player pon main peranan Handerson dan sterling mungkin terkesan.. Sterling patut cermin kan diri dulu... tendang bola tak kena, tak malu ker nak mintak gaji besar adoiyaiii...
cuma aku masih rasa Liverpool tak sepatutnya kalah game ni kalau Pengadil tu adil sekurang kurangnya game ni sepatutnya berakhir dengan seri..
aku pun perasan,moreno asyik kantoi je..ingatkan Brendan da nampak masa first half, tp tgok masa second half dia still main lagi..dulu kat old Trafford pun masa liv kene 3-0 pun dia kantoi jgak..susah dia nak lawan Valencia tu..semoga kekalahan ni sbg pencetus utk kemengan lpas ni.YNWA
ReplyDeletemoreno gugup..boleh pertimbangkan masukkan luis enrique yg lbh pnglaman lwn rival ni..byk kali passing kantoi..huhuhu..
DeleteRasanya dia xtgok balik game lawan MU sblum ni,sapa yg patut main kat tgah..joe allen pun before ni mmg cemerlang main kt tgah, tp lawan Mu dgn ada pemain sarang tebuan mmg susah dia nk main, Henderson mcm xde function, sterling pun sama, lagi teruk Moreno..aduhaii...asyik kantoi je, keluar je Moreno bhg kiri diaorg da susah nk serang cket..semoga Brendan dapat balik kaji kelemahan pihak lawan,bukan syok sendiri letakkan pemain yg dirasakan ok,tp dlm masa sama sbnrnya cari kelemahan lawan jgak,mana yg boleh dijadikan lubuk utk tempangkan pertahanan utk dptkn score..menang atau kalah, YNWA!!!
ReplyDeletesterling tu aku pun mnyampah..gaji demand,main mcm hampeh..abg long ohh abg long...ngape la kad merah..huhu..ptut masuk dr awal d tmpat allen..rivalry match ni abg long gerrard adalah ikon yg mbawa aura nk belasah setan merah..pngadil jgn ckpla,mmg jenuh maki aje..haha..pape pun YNWA..
ReplyDeleteUpline pressure dri menyu mmbuatkan player tengah xdpt ruang secukupnya untuk melakukan hantaran pendek...
ReplyDeleteTaktik sama digunakan oleh swansea tempoh hari
Mana awang nie, x jalankan tugas pon..
ReplyDelete