Awal musim semua orang jangka termasuk saya Liverpool sekali lagi pencabar sengit Kejuaraan Liga Perdana. Rupanya mimpi indah musim lepas Tak sangka sistem permainan musim lepas memang hebat , mantap dan sempoi adalah kerna serangan buat kerja lebih untuk memadamkan kelemahan pertahanan yang boleh tahan juga bolosnya. Jangan ingat baru musim ini sahaja pertahanan macam hampeh, sebenarnya ianya masih keseinambungan musim lalu. Sebab itulah Brendan terpaksa guna belanjawan awal musim untuk perkasakan pertahanan sebaB dia nampak itulah masalah utama pasukan kita tak mampu dapatkan Kejuaraan musim lepas.
Pembelian pertahanan mahal belum mampu perbaiki masalah kegawatan yang melanda. Malah prestasi penjaga gol utama Mignolet juga dalam krisis sampaikan beliau terpaksa berehat beberapa perlawanan dan digantikan pembantu yang juga tak berapa nak bagus. Ketika krisis ini berlaku Brendan masih kekalkan 4-2-3-1 dan mengkalkan Gerrard diposisi tengah bertahan, Lovren ditengah dan Glenjo disebelah kanan pertahanan. Kita boleh tengok pola posisi dan corak taktikal pasukan kita nampak lebih tirus ditengah dan lawan banyak menggunakan serangan dari sayap untuk masuk menyerang.
Saya belum faham pada mulanya formasi 3-4-3 diperkenalkan. Sebab apa tiada pemain yang sesuai dengan posisi Sayap belakang atau Wingback, kecuali Moreno. Yang sebelah kanan mulanya Markovic dan hairan sunggub bagaimana pemain penyerang yang nampak jambu boleh diberikan tugas sambilan untuk membantu bertahan. Rupanya itulah salah satu keupayaan Brendan sebagai jurulatih yang hebat. Saya pasti dengan latihan yang mantap dan efektif berjaya menjadikan pemain faham dengan corak baru ini. Malah pemain seperti Allen dan Lovren yang menggantikan pemain utama yakni Lucas dan Sakho, mampu mengendalikan tanggungjawab dengan baik.
Kehadiran semula Sturridge setelah berehat panjang salah satu faktor yang menguatkan lagi pasukan. Brendan masih berhati-hati dengan kecergasan Sturridge, dan masih belum berikan Sturridge peranan utama tiap-tiap perlawanan. Kehadiran beliau mengembalikan keseksian dalam permaian kita bukan sebab Sterling main tak bagus dikepala serangan sebelum ini, namun Sturridge nampak lebih konfiden dan mampu membuatkan rakan lain mudah melakukan hantaran kerana deria serangan beliau dapat menghidu peluang yang nampak macam selamba sahaja disudahkan macam lawan Burnley sebelum ini.
Penstrukturan semula seluruh sistem yang dibangunkan tenagh musim amat berkesan, samada pemain yang menggalas peranan utama ada ataupun pemain yang masuk setelah pemain utama cedera. Ikut nisbah 3 diatas dan 3 dibawah dibantu 2 ditengah dan 2 ditepi naik turun memang bukan satu benda yang semua pasukan boleh buat. Van Gaal berjaya dengan Belanda di Piala Dunia 2014, tetapi nampak janggal dengan Menyu. Sistem kita nampak lebih pantas, berkelompok untuk bertahan dan menyerang, menyerbu lawan dengan agresif dan gerakan serangan yang tak boleh dibaca membuatkan lawan macam kena pukau.
Dari segi nak main macam Barcelona mungkin bukan selalu digunakan lagi kecuali lawan pasukan cikai yang main secara semberono. Dengan Man City, walaupun mereka kuasai 51 persen penguasaan bola tewas juga 2-1. Paling ketara ialah Southampton yang nampak garang di laman sendiri, dekat 60 peratus pegang bola, namun tak mampu nak tembus kubu Liverpool dan kena juga 2 biji. Sebegitu juga Totenham dan Swansea. Nampak sangat Liverpool dah tukar taktik dengan main segera nak dapat gol dari simpan bola lama-lama tanpa faedah.
Liverpool sekarang pasukan kedua terbaik di Eropah selepas Wolfsburg dari Bundesliga untuk tahun 2015. Prestasi ini harus jadi kebangggan, tetapi kena teruskan kerja keras untuk kekalkan ia hingga habis musim ini. Sekarang Menyu dan Arsenal tak senang duduk kat atas sebab bila-bila masa jika mereka buat silap pasti pasukan kita akan bila-bila masa boleh potong mereka. Lebih-lebih lagi Menyu dimana dalam dua pusingan lagi pasukan kita bakal bertemu mereka di Anfield untuk merancakkan lagi perebutan ke slot Liga Juara-Juara.
Perubahan formasi yang dilakukan Rodgers membuat Liverpool memang berbeda dari awal musim. Kini Rodgers dan anak asuhnya mungkin bisa menembus 4 besar EPL dan Liga Champions musim depan..
ReplyDeleteYou Never Walk Alone
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D
Delete