Setelah dipuji melambung-lambung. Prestasi meningkatlah. Pertahanan mantaplah. Main dari kuasai ruang bukan kuasai permainan bagai. Akhirnya West Ham telah membuatkan segala yang diawang-awangan jatuh tergolek macam nangka busuk. Barisan kesebelasan kita Ok, namun bukan terbaik untuk pertahanan lembab main sampai atas. Yang menjaga pertahanan Lucas juga kurang mobiliti. Pendek kata kalau main susun bas memang pasukan kita cun. Bila tukar taktik main tiki-taka, nampak tak berkesan malah, pemain macam Skrtel dan Lovren kembali nampak lubuk .
Adakah Brendan tak menjangka West Ham akan main susun bas dan serang balas macam lawan Arsenal. Kalau tak bermakna dia pemalas nak buat kerja rumah. Saya tengok cara West Ham sama ketika mereka menang dengan Arsenal, cuma pasukan kita lagi teruk sebab boleh kata serangan langsung tak bahaya. Berbanding Arsenal mereka banyak kali bagi Adrian bekerja keras dan jadi pemain terbaik perlawanan, tapi goli gantian West Ham kita nampak lebih rileks dari Mignolet. Bilic pandai bila nak guna Ogbonna dan bila nak gun aTomskin untuk berganding dengan Reid tengok jenis lawan. Ini tak kalau boleh nak pakai Skrtel-Lovren, dan simpan sejuk beku Sakho.
Perihal pertahanan kita memang nak tulis 3 hari 3 malam tak sudah. Nak bahankan Lovren naik jemu sebab memang dah tahu Lovren hanya sesuai taktikal bertahan dan memang jahanam bila main tiki-taka. Patutnya masa peminat baru nak respek dia balik, cubalah encik Lovren sedar diri jangan dok buat bukan2, macam nak jadi Messi gentel bola kemain. Dan akibatnya kebanggangan beliau menghadiahkan gol kepada West Ham. Kalau dengan prestasi ini nak kekal juga tak mau bagi Sakho peluang, memang nak cari nahas. Saya tengok pemain lain dok jeling saja Lovren cam nak telan.
Skrtel sebagai bek senior, berpengalaman dan ramai mahu dia jadi kapten dari Henderson. Tapi komunikasi dengan Lovren nampak macam tak ada, apatah lagi dengan Lucas di depan beliau. Saya tengok banyak kali Lanzini dan Payet main-main dikawasan tengah dan Skrtel hanya kayuh kebelakang tak mampu nak terjah atau potong dari awal jangan bagi masuk lebih dekat ke kawasan penalti. Dalam situasi itu memang West Ham pandai ambil peluang nak serang balas bila tengok awal lagi umpan mereka tarik pemain Liverpool naik atas, terdedah Skrtel dan Lovren.
Nak main guna Benteke boleh tapi tengoklah sampai kena kerumun macam langau, mati kutu dia. Patutnya jika dah kena 1-0 boleh masuk Ings awal-awal lagi keluarkan Lovren serta Lucas dan masukkan Sakho serta Ings, tukar ke taktik 4-4-2. Dah tu pula nak main buka sampai tepi tapi bukan main hantaran lintang selalu, memang taktik hapraklah. Bila dapat bola pemain bek sisi ambil alih tugas pemain sayap, geram tengok bila ada ruang bek West Ham belum berkumpul hurung Benteke, samada Clyne atau Gomez main balik bola kepada Coutinho atau Firmino. Camna nak pergunakan ksempatan, bila boleh main mudah pergi gentel-gentel, ruang ditutp dan bas-bas dah tersusun rapi.
Kemasukan Ings satu pertukaran positif. Itu yang nampak menjadi dalam taktik Brendan. Barulah tengok serangan sedikit bernyawa. Dari gerakan Ings, Milner dapat buat percubaan walaupun tersasar. Malah Ings dapat peluang sendiri bila main satu dua dengan Benteke. Nampak gaya tak sabar nak tunggu Sturridge pulih dan sementara itu, gunakanlah Ings dalam perlawanan selepas ini. Tambahan pula dengan ketiadaan Coutinho, saya nampak kena tukar sistem kepada 4-4-2 permata. Mengarutlah nak main 4-2-3-1 lagi sebab nampak tak kemana jika nak bagi belen antara nak serang atau bertahan.
Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Gomez
Lucas
Milner Emre/Hendo
Firmnino
Benteke Sturridge/Ings
Syukur jugak kalah awal, moga-moga ada penambahbaikan selepas ini. Saya tak terburu-buru nak letak kesalahan keatas Brendan mahupun pembantu beliau, apatah lagi pemain. Mereka masih sesuaikan pemain dengan sistem baru. Cuma perasaan marah tak terkawal tengok pemain berpengalaman yang beli mahal-mahal dan patutnya tak buat benda merapu dan tak disiplin serta main panik. Kapten Milner juga kena main peranan sebab ramai tengok dia tak naikkan moral rakan-rakan walaupun banyak setel kes dengan pengadil. Perjalanan masih jauh, jangan panik dulu sebab Brendan kena usaha lebih kerna semua boleh jangka musim ini adalah peluang terakhir. Tambahan pula Bro Jurgen Klopp masih belum berpunya.
jurgen klopp..harapkan BR, liverpool masih sama lagi..beli la pemain mahal2x..akan still sama.
ReplyDeleteyup..bgus klah awal2 ni biar brendan tak dibuai mimpi indah 1 gol setiap game.
ReplyDelete442 plz vs Manyu. Partner Benteke-Ings
ReplyDeleteBR tak leh kemudi Liv.. dah kekeringan idea..strikers xleh nak sumbat gol sangat...
ReplyDeletebang..sy rase benteke dh mula menyesal main kat liv..taktikal br hampeh..sama je mcm ape yg br buat kat sy dlu..#AC9..
ReplyDeletebro update plss . bosan ni tkde bnde nk baca kt blog haha
ReplyDelete