FSG adalah pemilik bolasepak Liverpool. Perangai mereka tak sama dengan Towkey Chelsea atau Man Citeh, yang akan suntik duit poket untuk kuatkan pasukan. Tetapi FSG lebih meniru aplikasi Arsenal, yang pentingkan kestabilan ekonomi tanpa nak belanja gila babes cam Menyu. Modul Arsenal juga sengal sebab mereka tak pedulikan hati peminat, sebab Wenger kebelakangan ini hanya mahu puaskan dan penuhkan kantung pemilik, bukan melabur untuk kuatkan pasukan demi kejuaraan.
Sebab itulah FSG kalau boleh nak Brendan berjaya sebab dia nak sama perangai dengan Wenger. Patuh dan tak berani nak mintak lebih-lebih. Sistem pengurusan kewangan FSG bagi saya taklah mengarut. Kedekut bukan terma yang betul sebab mereka dah bagi 300juta kepada Brendan Tetapi lebih kepada pendekatan pelaburan secara selamat. Iyalah macam kita nak melabur dalam Unit Amanah, kita mesti nak cari keuntungan semaksima mungkin tetapi kena kaji risiko dulu samada nak potfolio agresif, sederhana atau jangka panjang.
FSG awalnya cuba terapkan konsep "Moneyball" atau dalam erti kata lain mereka gunakan sistem pengambilan pemain berdasarkan statistik. Kalau nak tahu cerita pasal lebih lanjut pasal boleh cari DVD cerita "Moneyball" lakonan Brad Pitt. Dari filem itu kita mungkin ada idea bagaimana Billy Beane dan Paul DePodesta meRevolusikan sukan bola lisut dengan pendekatan sabermetrics untuk kelab Oakland Athletics. Nak tulis panjang lebar kena buat edisi khas, namun nak senang beli DVD atau google sendiri.
Sistem Moneyball itu bagus, yang tak bagus ialah mereka gunakan Comolli sebagai Pengarah Bolasepak, mungkin sebab dapat rekemen dari Paul DePodesta sendiri kot. Bukan nak perlecehkan Kenny Dalglish, tetapi kata putus Kenny juga adalah penyebab sistem itu tak berkesan. Ianya berlaku memang tak dirancang, tetapi berkisar kepada pemergian mengejut Torres ke Chelsea dan pembelian Carroll dari Newcastle. Kalau Torres kekal dan Carroll tak datang mungkin Liverpool tak senasib sekarang. Maaf sebab dok ulas benda yang dah lepas, tapi realitinya saya nampak kat situ segalanya menyebabkan Liverpool kembali kebelakang 10 tahun.
Bila dah beli Carroll, Kenny dan Comolli terpaksa cari jalan untuk beri kemudahan kepada pemain itu. Ianya dengan beli beberapa pemain yang pandai buat hantaran tinggi. Maka dapatlah Charlie Adam, Henderson dan Downing. Jangan lupa pembelian mereka adalah dari hasil buah tangan Moneyball itu sendiri. Comolli bukan main redah saja beli, tetapi dia aplikasikan unjuran data, sampel video dan lain-lain dah maka itulah yang beliau dapat. Ok saya bagi contoh kalau Moneyball diaplikasikan untuk cari pelengkap kepada Suarez, tak dapat bayangkan bagaimana hasilnya.
Kita tahu FSG ambil jalan mudah untuk memecat Kenny disebabkan beliau sekadar bawa Liverpool ke tangga 7. Ketika itu ramai berbelah bagi, sebab ada yang percaya Kenny dah bawa Liverpool apa yang dia termampu. Namun ada juga segelintir peminat yang terlalu sentimental dengan Kenny kecewa sebab FSG tak nampak sekurang-kurangnya Kenny berjaya dapatkan Piala Liga dan hampir dapat Piala FA. Sebenarnya Kenny sendiri bagitahu dia sekadar pengurus sementara untuk stabilkan pasukan disebabkan pengalaman dan tahu Liverpool luar-dalam.
FSG mahukan pengurus yang lebih berwibawa dan kalau boleh ada wawasan jangkamasa panjang. Ramai yang ditemuduga, paling awal Roberto Martinez, tapi Liverpool lebih suka wawasan Brendan Rodgers dan kita tak tahu apa yang dia klentong masa temuduga. Malah Luis Van Gaal juga pernah datang temuduga, dengar kata perangai LVG yang terlalu mendesak membuatkan mereka terpaksa jaukan diri dari pengurus Menyu itu. Jangan lupa juga ketika itu bekas pengurus Rafa Benitez macam melambai-lambai dari Inter Milan. Dan-dan lepas FSG pilih Brendan, Rafa merajok ambil-alih Chelsea.
Dan ketika era Brendan juga pendekatan FSG sekali lagi berubah tentang polisi pengambilan pemain. kali ini melupuskan jawatan Pengarah Bolasepak dan memperkasakan sistem pengambilan pemain dengan menubuhkan (Transfer Committee) ,pasukan yang memantau dan membuat keputusan bersama mengikut polisi FSG. Brendan cakap saja dia nak pemain macamana, hitam-putih, tinggi-kurus, laju-perlahaan dan macam-macam lagi kriteria, maka geng pemantau akan cari sasaran terbaik dan mereka akan bermesyuarat dan buat keputusan bersama. Tiada kuasa veto dari pengurus, namun apa yang Brendan mahukan akan disediakan sebaik mungkin, tanpa boleh memandai-mandai.
Era Brendan dah berakhir bukan kerana kesalahan berada dikepala Brendan sahaja. Beliau tak bernasib baik dari segala segi. Tapi apa yang kita nampak Brendan tak punyai personalti yang kuat demi kepentingan pasukan yang beliau bawa. Dia terlalu ikut polisi FSG sampaikan nampak setuju dengan penjualan Suarez tapi tak gantikan pemain setaraf. Bagi kes Alexis Sanchez, bukan sebab London sangat tetapi Alexis tak tahu siapa Brendan sebelum ini. Mungkin bukan Brendan tak mahu bida pemain bintang lain tapi mereka yang tak mahu bersama Brendan.
Nah sekarang PSG telah membuat satu keputusan paling terbaik dalam bolasepak Liverpool dengan mengambil Jurgen Klopp. Mulanya takut juga sebab FSG menilai Klopp punyai perangai degil, keras kepada dan ikut suka dia nak buat apa. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah dipanggil bersemuka dan memberikan agenda-wawasan sendiri, pihak FSG telah memberikan jawatan pengurus kepada beliau dengan terma 3 tahun. Ada juga yang kurang berpuashati kenapa tidak Ancelotti sebab Carlo nampak lebih hebat. Untuk makluman Ancelotti sedang menunggu Chelsea, Arsenal atau Menyu. Dia jenis elitis, tak mahu nak susah payah bangunkan kelab bermasalah macam Liverpool.
Klopp rupanya adalah pengurus yang penuhi ambisi FSG. Klopp cakap kisah pengurusan nak pakai polisi apa. Dia pernah bekerja dalam situasi gawat di Mainz dan Dormund yang pada mulanya berrbajet sangat cikai dan kemut. Kelebihan Klopp pandai menggunakan pemain muda dari akademi cam Gotze dan cari pemain berbaloi macam Lewandowski dan Kagawa memang idaman FSG. Brendan juga bagus bagi peluang kepada pemain muda cam Ibe, Rossiter dan Gomez. Namun Klopp diharap bukan beri peluang tapi menjadi pengasuh yang berjaya macam dia buat kat Hummels.
Kita harap bila dah FSG dan Klopp bersatu, segala apa yang mereka buat dengan Brendan dulu dapat diperbaiki. Klopp adalah pengurus bertaraf dunia. Dia boleh sahaja dapat jawatan di kelab besar macam Bayern sebab musim depan Guardiola nak pergi Man City. Ataupun berebut dengan Ancelotti nak ganti Mourinho di Chelsea. Tapi sanggup terima cabaran dengan kelab pra-sejarah yang masih terumbang-ambing. Pengerusi Liverpool, Tom Werner berjanji akan lebih praktikal dan akan membantu Klopp dengan sebaik mungkin. Kita harap toksah sembang kosong, sebab Klopp mungkin ada kelebihan dan pengalaman, tapi jika diberi macam apa yang Brendan dapat, mungkin apa yang tak dapat dibayangkan bakal berlaku.
padat dan berisi
ReplyDelete