kredit goal.com |
Maaf kalian semua. Abam Tokey tak dapat nak tulis apa-apa minggu lepas, disebabkan terpaksa temani anak di wad hospital, hampir 5 hari. Topik ini memang patutnya kalau tak ada aral melintang adalah topik hangat dan sungguh mengujakan nak diceritakan. Ramai yang dapat makluman dalaman bahawa pihak pengurusan dah berbincang tentang masadepan Bredan sejak sebelum perlawanan dengan Everton lagi. Ada yang mengatakan kalaupun Liverpool menang dengan Everton ianya tak bermakna apa-apa sebab algojo si pemacung kepala telah dipanggil, orangnya ialah Craig Gordon, salah seorang eksekutif besar lembaga pengarah FSG. Dia tak pakai kapak cuba pakai peranti kecil bermana telefon. Panggilan maut itu menamatkan kerjaya Brendan Rodgers sebagai pengurus paling berjaya habiskan dana kelab kira-kira dekat 300juta pound.
Kadangkala nak marah juga pihak FSG sebab lambat sangat ambil tindakan. Patutnya perlawanan memalukan dengan Stoke hujung musim, tewas 6-1 adalah masa yang sesuai. Biar pengurus baru masuk untuk buat persediaan pra-musim dan dapat dana yang bagus. Tapi tak, mereka biarkan Brendan belanjakan beli pemain mahal tapi tak sesuai dengan corak permainan sebelum ini. Tambahan pula kalau pengurus baru masuk awal sikit, barangkali penjualan Sterling dapat dielakkan, manatahu kan. Sikap FSG sendiri yang memang macam tak ambil berat perihal dalam padang hanya memandang aspek kewangan dan keuntungan salah satu mengapa Brendan masih kekal sehingga minggu lepas. Mereka tahu Brendan jenis tukang angguk. Suruh jual Suarez jual, tapi kena beli pemain kurang ternama tapi berpotensi, mahal pun takpa.
Kita sebagai peminat merasa ianya satu tindakan baik pemecatan, sebab Brendan dah berikan apa yang termampu. Dia harus dipuji kerana berikan Liverpool satu musim yang hampir nak dapat kejuaraan Liga Perdana. Lagipun Brendan dah cakapkan, tunggu 3 musim baru nilaikan prestasi beliau. Kiranya pihak FSG dah cukup bersabar sebab dah bagi talian hayat lagi 2 bulan tambahan. Kita tahu Brendan masih baru alam arena bolasepak. Walaupun mentor beliau Mourinho, namun cara beliau dan tok gurunya tak sama. Brenda nampak mahukan bolasepak dimainkan dengan penuh seksi dan lebih menarik. Sebab itulah beberapa pemain yang dibeli macam Sturridge dan Coutinho yang kreatif serta mampu bawa diri atas padang sahaja berjaya dibawah kendalian Brendan. Pemain yang kena masih perlu asuhan tak berapa nampak, malah pemain macam Ibe kian merudum prestasi.
Sekarang ini Liverpool sedang dalam pencarian pengurus baru. Jurgen Kloop, bekas pengurus Borussia Dortmund sebagai sasaran utama, disamping Ancelotti , De Boer dan Di Matteo juga Gary Monk. Ada sumber sahih macam Ben Smith, kolumnis sukan The Times mengatakan Klopp dah setuju nak jadi pengurus Liverpool, cuma beberapa terma penting belum dipersetujui. Salah satunya yang paling menarik ialah untuk menghapuskan Pasukan pengambilan pemain (Transfer Comittee). Klopp nampak dia takmahu terjerat macam Brendan, sebab pasukan pengambilan macam amalkan sistem undian. Kalau majoriti mahukan Benteke dan sedikit mahukan Lacazette, maka pemain yang lebih kualiti macam Lacazette yang sesuai dengan sistem Brendan, takkan dibeli walaupun mungkin Brendan perlukan Lacazette.
Apa pun kita harapkan yang terbaik buat Brendan dan terbaik juga buat Liverpool untuk masadepan. Kiranya situasi menang-menang sebab Brendan dapat pampasan dekat-dekat 7 juta pound. Kalau simpan ASB boleh goyang kaki sampai pencen. Cuma kita mahukan pihak pengurusan lebih terbuka dan faham kehendak bolasepak moden. Jangan nak tengok jangka masa terlalu terkehadapan sangat, beli pemain muda sangat harap-harap meletop jadi bintang. Beli macam Suarez, pemain antarabangsa yang dah lama main tapi cuma berada di Liga tak ternama macam Belanda. Lagi satu kalau nak beli pemain muda kena pastikan sesuai bukan sahaja dari aspek permainan sahaja, tapi kekuatan mental juga perlu sebab jangan lagi terbeli pemain kaki kelab macam Balotelli.
klopps for the kops...yess!
ReplyDeleteado lagi mat ketum ni
ReplyDeleteharap Klopp .. bukan calon lain.
ReplyDeletepengurus paling joke..the ringo club..ha..ha..ha
ReplyDeletehttp://komenbola.com/2015/klopp-everything-liverpool-needs/
ReplyDelete