Tiada siapa yang boleh anggap Klopp akan bawa kejayaan semudah makan kacang goreng. Tetapi setelah perlawanan dengan Spurs nampak ada perubahan ketara yang berlaku. Kita memang tak boleh harap tinggi sangat dengan hampir 7-8 pemain utama cuti sakit. Kalaupun tak menang Klopp telah beri keyakinan pemain boleh meningkatkan diri untuk ikut arahan. Menurut statistik perlawanan ini, pemain lebih banyak beraksi dengan purata melebihi 50% dari perlawanan sebelum ini. Jangan kata Emre yang paling menonjol, Lallana dan Coutinho yang tak berapa agresif pun naik-turun bantu pasukan. Tempoh latihan singkat hanya 3 hari menjelang perlawanan tetapi pemain sekarang nampak faham keperluan taktikal.
Disebalik ada peningkatan dari majoriti pemain, namun ada beberapa orang yang kita nampak tak berupaya nak perbaiki permainan. Contoh paling ketara ialah Skrtel. Dia dijadikan lubuk oleh pemain Spurs dan banyak gerakan berbahaya datang dari sebelah sana. Dengan menjadi mangsa Kane, dia jadi liabiliti pasukan dan nasib baik Sakho dan Mignolet cemerlang. Nasib baik juga Clyne banyak membantu. Begitu juga dengan Milner, salah satu sebab kenapa Njie dan Kane berleluasa dikanan kerana Milner kadang kala lambat turun bantu. Dari segi penguasaan bola pemain macam Milner dan juga Lallana nampak kalut sangat. Banyak opsyen mudah mereka bagi susah diri. Sampaikan nak pegang bola lama sangat kat bawah hingga boleh bahayakan pasukan.
Corak permainan Klopp adakalanya nampak berisiko untuk pemain lembik berpotensi untuk bakal cedera. Mungkin latihan lepas ini lebih banyak tumpukan kekuatan otot dan urat kaki. Kalau tak masakan pemain nak harungi 90 minit tanpa berhenti-henti berlari. Kalau pemain sedia ada yang tak reti nak beza main agresif atau main kasar, mungkin potensi mengumpul kad kuning ke kad merah boleh berlaku. Apa yang kita nampak pemain berlebih-lebih nak menonjolkan diri. Bukan nampak diaorang nak tiru macam Dortmund main, tapi lebih kepada Crystal Palace, kadangkala nampak celaru taktikal sebab tak berapa faham lagi konsep yang Klopp betul-betul mahukan.
Jangan dilupa nak menang, kena pastikan peluang dimanafaatkan untuk jadikan gol. Setakat sekarang tinggal Origi penyerang utama. Permainan dia sekadar OK, nak kata tak bagus dia nampak berbahaya juga sampai Spurs adakalnya susah nak jaga beliau. Tapi dia memang tak punyai penyudah yang baik macam Sturridge atau Benteke mahupun Ings. Tak pasti bila 3 yang lain nak pulih, namun kita harap Origi kena manafaatkan peluang tak dipersiakan. Jangan jadi macam Balotelli musim lepas, masa Sturridge cedera dan dia dapat kesempatan, tak reti nak ambil peluang. Lagi satu Lallana dan Coutinho perlu juga jadi penyumbang gol kerana takkan nak letak bebanan atas kepala Origi sahaja.
kekadang..skrtel..main macam hampas..cautinho..tak nampak main macam dia ada skill..kekadang melangit..kekadang ke lombong arang batu..
ReplyDelete