Bila masuk rumah baru, duit gaji jauh lagi, kena guna perabot-perabot buruk tinggalan penyewa lama. Memang rasa nak buang dan terajang bagi relai tapi tuan rumah kat pakai dulu, kot-kot ada yang nampak buruk tapi boleh dikilatkan dan boleh pakai lama. Itulah metafora keadaan Kloop dengan skuad tinggalan Brendan Rodgers. Kena cari dan olah pemain sedia ada dan bersabar hingga pintu perpindahan dibuka Januari ini.
Ambil perhatian tentang sejarah diri Klopp semasa musim pertama di Dortmund. Hampir 14 perlawanan berkesudahan seri. Klopp bukan macam Harry Porter, ada tongkat ajaib tunjuk sekali, apa nak boleh berubah sekelip mata. Dia dah masak dengan cara nak tangani kelab pra-sejarah macam Liverpool. Macam tak biasa Dortmund juga ada persamaan, kelab pemenang Liga Juara-Juara 1997 lepas tu lingkup habis dan dibangunkan pada era Kloppomania.
Carragher dan Souness jadi pengacara di Skysport. Sori saya layan versi UK, mana layan Astro punya. Carragher punya loghat haram tak faham sangat tapi rasa dia banyak kritik pasukan punya permainan masa separuh pertama. Nak harap Origi nak beraksi macam Sturridge jangan haraplah sebab kita tahu Origi mungkin sekadar jelmaan Ngog. Tapi fakta Souness lebih jelas dan ikhlas sebab dia nampak bagaimana Klopps terpaksa telan legasi tinggalan Brendan, seperti dia buat dulu kat Roy Evans awal 90an.
Secara jujur, Klopp menyatakan bolasepak bukan cerita dongeng si pari-pari. Pasukan bekerja keras seperti dalam latihan, mungkin segalanya sempurna, namun keputusan tak berikan apa yang dikehendaki. Apa yang Liverpool perlukan atas padang bukan penguasaan bola, tetapi perancangan bila bola dikaki. Saya nampak bukan moral pemain yang kena perbaiki, tetapi keperluan memperbaiki membuat keputusan. Pemain macam Emre dan Moreno paling nampak belum matang dari segi itu sebab masih mencari pengalaman.
Jaringan Benteke memang tak perlu gerakan banyak, hanya hantaran tinggi kearah kawasan tengah kotak yang mana ada sasaran dan boom Benteke sambut dengan tandukan padu melepasi penjaga gawang Soton. Namun saya hairan juga mulanya, masa Origi main satu haram pun hantaran lintang samada dari Clyne atau Moreno nak cari Origi. Salah satu punca kerana Origi bukan jenis pandai cari kedudukan nak bagi kawan nampak bola cari kepala. Lagipun Origi bab menanduk memang tak ada bakat kot.
Dalam rakan-rakan dok meraikan kemenangan, saya bagitahu yang tunggu saja serangan si Sotong untuk cari gol penyamaan. Masin mulut, tak sampai 5 minit lepas gol Benteke, kesilapan Milner dari hero kepada badut, menghadiahkan sepakan percuma dari kawasan kanan. Apa pun yang berlaku adalah kombinasi dari keletihan dan kealpaan pemain untuk menjaga kawasan sebelah kanan. Sepakan percuma pemain Sotong, hala kearah kiri kotak penalti Liverpool dan Fonte menanduk kearah berlawanan dan tetiba Mane yang tak dikawal meluru untuk menghadiahkan Sotong gol penyamaan.
Derita juga bila dah hampir nak dapat kemenangan sulung tapi dirampas oleh Sotong durjana untuk kongsi mata. Tapi bila kita rasa kecewa, jangan lupa ada lagi orang yang lebih kecewa dari kita. Jangan buat tak tahu pasukan mana, alah pasukan yang punyai pengurus terlampau Spesel tu. Jadi penutup kita harap sekalian peminat jangan komplen banyak tentang situasi Klopp. Dia perlukan masa dan peminat harus dibelakang beliau untuk beri sokongan. Cuma mungkin ramai tak sabar nak tunggu Januari.
ada yang masih tak puas hati... dorang ingat southamton ni sunderland kot. Klopp amik liverpool dalam tempoh terdekat kena layan team mcm spurs, southamton lepas ni chelsea , aku bukan kira bila boleh menang, tapit bila boleh kalah... ni semua game kalau under BR game yang ada potensi kalah... jom tgk apa keputusan dengan chelsea ...under BR mcm bagi mata percuma jer kat chelsea..
ReplyDeleterilek..enjin tak panas lagi..klopp baru je nk bromance dgn diorg tu..
ReplyDelete-cucu mak leha-
bang..liv prlukan 4-5 org pure world class player.. isi sorg kat setiap posisi tunjuk ajar kat bdk2 muda yg mentah n leka tu,, dr keeper sehingga penyerang mst ade sorg yg pakar n bleh dijadikan tmpt rujukan.. sedih tgk player liv skrg mcm budak sesat kat atas padang..
ReplyDeletebro world class mna yg nk main dkt kelab yg terumbang ambing mcm liverpool ni? kita kene stabil kan dlu team. cari player muda , yg berbakat, ibarat rumah lama yg diroboh then kita nak naikkan rumah yg baru yg lebih kukuh yg lebih besar , kan mkn masa yg lama :)
Deletehehe..bro, world class player makes the world class team.. simple jer.. kt jd world class team bile kt ade gerrard n suarez.. both of them mmg world class..diorg drive team liv hampir jd champion..
Deletekt menang champions league bile kt ade alonso, gerrard, carra n co.. so bile kt ade rmi anak muda tp sesat kat atas padang pun xguna.. liv perlukan guidance dr mrk yg pro atas padang..
even arsenal pun dh buang kitab wenger tntg larangan membeli pemain star mase dlu.. itu tugas klopp n fsg utk fikir n cari pemain bintang yg sesuai.. stoke city n newcastle pun pndai sailang player power2.. :)