"Kita perlu belajar dari dari sini. Kita boleh lakukan lebih baik - antara malam ini dan secara keseluruhannya".
Dengar apa Klopp cakap tentang keseluruhan perlawanan ini .Pengajarannya mungkin bagi pemain yang banyak buat silap dan juga yang bakal akan buat silap jika main tak ikut arahan. Setakat ini nampak 3 ekor kambing hitam yang perlu ambil pengajaran banyak. Ini kerana samada selepas ini mereka mungkin takkan jadi kesebelasan utama lagi selepas Januari.
Pertamanya ialah Emre Can. Bukan setakat gol Bolasie berpunca dari beliau, tapi dekat 3 kali beliau kantoi dalam perlawanan. Gol pertama memang nampak boleh diselamatkan jika Emre tak sambil lewa menampan bola dengan lemah gemalai. Jangan kata dalam perlawanan ini saja, banyak dah perlawanan dia nampak agak leka atau memang tiada peduli bahaya yang bakal menanti jika tak keluarkan bola dari kawasan bahaya dengan selamat.
Keduanya ialah goli No.1 kita, Mignolet. Gol pertama dari Bolasie dia mungkin tak boleh buat apa-apa sebab memang stendet begitu. Kecualilah dia memang setanding Thibaut Courtois, maka kita boleh harap dia cepat baca sepakan lawan dan dengan selamba tepis sepakan Bolasie yang taklah sepadu mana. Gol Scot Dann memang nampak kartun sangat Mignolet, patutnya dia boleh tangkap sebab bola tepat, namun dengan gelabah dia tumbuk kembali kepada Dann, dan sekali lagi Dann sambut dengan tandukan kedalam gawang dengan mudah.
Mungkin ada yang cakap tak patut salahkan Benteke, namun bagi saya kalau dia tak kantoi banyak setakat Palace boh 2 gol, Benteke kalau boleh sudahkan semua peluang, dia boleh sahaja hatrrik malam tadi. Peluang tap bola sekali, rembat lambat sekali dan tandukan sekali. Sebagai penyerang utama, segala pengharapan pengurus terletak diatas bahu beliau. Saya sebenarnya agak khuatir dengan masadepan beliau kerana Klopp punyai stail mahukan penyerang yang mobil dan pantas dan Benteke takada dalam dua-dua kategori tu.
Selain 3 pemain yang tertera boleh dikatakan pemain lain main dengan Ok-Ok sahaja, buruk sangat tidak cemerlang sangat pun tidak sebab dah kalah. Cuma yang paling menonjol ialah Moreno, Ibe dan Coutinho. Ada yang anggap faktor keletihan bermain di Liga Europa punca kecederaan Sakho dan prestasi pemain yang nampak hilang punca diakhir permainan. Itu saya tak nafikan ada sedikit kesan terhadapt perlawanan dan mungkin Klopp juga terlepas pandang dengan faktor padang yang licin akibat hujan.
Apapun rehat selam seminggu sementara perlawanan antarabangsa akan jadi masa untuk Klopp membawa permasalahan sekarang yang masih ditahap sederhana dan masih belum parah untuk mendapat rawatan intesif. Sebab lambat lagi nak tunggu buat pembedahan major kena tunggu Januari. Selepas buka balik semester, kena hadapi Man City di Ittihad. Yang ini merupakan perlawanan bertaraf blokbuster yang dinantikan samada akan berlaku kejutan atau dimalukan.
Emre Can ni dah lama aku perhati. kalau aku start 'buka cerita' pasal kesalahan dia game by game mula lah semua geng2 Liverpool melatah backup dia. karisma dia sbg leader ada. tapi technical wise banyak lagi dia kena belajar. to me, he's got a long way to go before he can be a regular starting eleven. Lucas pun sekarang semacam dah ada azam baru. Moreno satu je aku tak gemar. cross dia banyak 'meleweh'. Lain semua okay kot. kalah sekali tak bermakna tak boleh menang lepas ni. kita kena chill dan percaya Klopp. kalau hendo baik on time, takde masalah rasa nak tapau City. YNWA
ReplyDeleteAKI ROTAK langsung menghubungi Mario Balotelli agar kembali ke Liverpool dengan jalan togel.. Ada yang mau ngasi ngak?? Liverpool harus tidak berfikir panjang lebar dan terus mencari dukun.. Silahkan hubungi AKI ROTAK di 0823883116533.. semoga Liverpool akan trus beruntung.. Jasa AKI ROTAK tak akan dilupakan..
ReplyDelete