Dalam rehat sempena perlawanan antarabangsa, Liverpool sempat lagi ambil peluang buat perlawanan persahabatan tertutup. Lawan dengan Wolverhampton bukan nak cari kemenangan tapi nak buat camna dah termenang pula 3-2. Gandingan duo Brazil Coutinho dan Firmino berikan gol-gol Liverpool. Apa yang kita nampak, Klopp sedang menguji gandingan pertahanan baru dan sedang berusaha mencari pemain ideal untuk ganti Sakho yang MC dua bulan. Jika ikut pilihan hati saya yakin dengan Toure, namun Lovren nampak cergas dan kurang cedera.
Mignolet
Clyne Skrtel Lovren Moreno
Milner Lucas Emre
Firmino Coutinho
Benteke
Dengan kualiti serangan City yang hebat, apalagi yang kita nak harap selain pertahanan yang tak buat silap dan ralit. Ikut prestasi sekarang, pertahanan kita nampak tak mampu nak hadapi City, namun saya harap itu bukan alasan nak serah diri belum berjuang. Jika Skrtel-Lovren adalah lubuk buat City, harap Klopp dapat buat taktikal yang menutup kelemahan mereka. Mungkin pemain tengah kena proaktif terutamanya Lucas, Emre dan mungkin khidmat Xavi Allen terpaksa jadi taruhan kali ini. Patutnya Henderson kalau pulih sekarang memang bonus.
Nak harapkan pemain serangan nak robek pertahanan City dengan cara serang-balas adalah paling ideal. Namun jika ada Benteke kat atas nak main cenggitu agak sukar tapi tak mustahil berjaya jika Benteke pandai cari kedudukan. Nak main Origi dengan serangan balas, tak membantu sebab selain boleh pakai sebab dia laju sahaja, penyudah kelaut jua. Malas nak cakap, tetapi ikhlas dari pendapat peribadi saya, pembelian penyerang oleh Brendan memang tak sesuai dengan taktikal "Gegenpressing". Kalau nak cuba mungkin boleh ambil masa dan takut buang masa dan mata sekaligus.
Seri pun dah tak mengapa dan boleh dikatakan itulah sasaran realistik. Sebab kita peminat kena berpijak di bumi yang nyata jangan bodoh sombong nak mimpi siang hari. Tapi jika ada kejutan untuk pulang 3 mata, itu adalah bonus dan rasanya pasukan kena bagi 200 peratus kot dari kebiasaan. Dibawah Klopp tak risau sangat prestasi pasukan walaupun tanpa tonggak utama macam Sturridge, Henderson dan Sakho. Tolong jangan samakan perlawanan dengan Chelsea sebagai tanda aras yang kita mampu balun pasukan kuat. Man City tak sama dengan Chelsea, mereka ada potensi pencabar kejuaraan. Namun dalam bolasepak tiada apa yang mustahil dan penuh kejutan itulah yang kita tahu kehebatan Klopp.
City 2 - 1 Liv
ReplyDelete-qe7-
man city 1-1 liverpool
ReplyDelete-cucu mak leha-
mc 3 - 0 liv
ReplyDelete-stan-
The Citizens 2-3 The Reds
ReplyDeletemc 1-2 liv. Coutinho/Sturridge
ReplyDeleteMan City 1-2 Liverpool
ReplyDeleteMan City 1-2 Liverpool
ReplyDeleteCity 0-1 liv ..jfkberger
ReplyDeleteMancis Kak Siti 2-2 LiverKL00P... YNWA.. HERE WE GO..
ReplyDeleteCity 1-4 liverpool ramalan aku
ReplyDeleteCity 1-4 liverpool ramalan aku
ReplyDelete