Kemenangan dengan Chelsea macam dah dijangka. Macam tulisan terdahulu, pasukan mereka memang ada masalah dalaman. Boleh tengok dari gerak badan, memek muka dan kesungguhan. Semuanya terbabas . Kalau Chelsea tak sebegitu, sukar juga mereka nak kena balun balik setelah dihadapan seketika. Chelsea antara pasukan yang liat nak dikalahkan pasukan kita sebelum ini.
Kadangkala bila tengok masalah Mourinho, ianya adalah wabak normal bagi bekas pasukan yang bergelar juara Liga. Nak menang memang menang takdahal sebab mereka boleh beli kejuaraan dengan dana yang banyak. Tapi nak kekalkan sebagai penyandang, Itu sukar sekali, sebab ianya juga berlaku kepada Man Citeh tahun sebelumnya.
Sebab itulah zaman Brendan Rodgers yang pernah jadi pencabar kejuaraan, tetiba musim selepas itu terbabas gila-gila. Nak kekalkan momentum sebelum itu, amat sukar dan sebagaimana kita tahu pendekatan Brendan yang terlalu drastik merubah pasukan dengan kemasukan ramai pemain baru antara asbab utama. Kontrasnya Klopp sekarang tengah menilai dan bagi peluang sama adil kepada pemain. Sama adik bukan bagi Sakho main 1 perlawanan perlawanan lepas ini Lovren pula. Tapi pendekatan kasih-sayang dengan bagi peluang untuk perlawanan tahap cikai macam Piala Liga. Nanti dah diberi peluang kenalah main sebaik mungkin.
Sejak awal permainan Liverpool nampak macam biasa, namun tak berjaya nak membuka pertahanan Chelsea yang umpama deretan bas-bas ekspress di Hentian Pudu. Seawal 4 minit, tuan rumah gegak-gempita dengan laungan "Hidup Mourinho", "Abam Mourinho memang Spesial No. Satu" dan banyak banyak lagi. Sebabnya Chelsea berjaya mendahului dihadapan oleh tandukan Ramires. Bersirap darah tengok Moreno yang mengabaikan tanggungjawab menjaga kawasan dan membiarkan lawan tak dicelen menanduk bola. Kecewa juga tapi bila difikirkan Moreno memang ketot dan takkan mampu nak lonjak tinggi macam Sakho.
Maknanya Chelsea tahu nak manipulasi kelemahan pasukan kita sebelah kiri.Nak kata pemain dah gibab lepas gol tu tak juga. Nampak macam Chelsea dah selesa setelah mendahului. Bagi peluang Liverpool mendominasi pula.Tahu tak dah lama dah kalau kena awal, tidur terus payah nak bangkit memenangi perlawanan. Itu cerita dulu zaman Pak Pandir. Sekarang Klopp berjaya membuang perangai suka mengalah menjadi bersemangat nak tebus maruah. Kita tengok bertubi-tubi tekanan, asakan dan bentesan mencari kaki pemain Chelsea, sampaikan sikit-sikit nak terjun cari simpati pengadil.
Sehinggalah Coutinho yang dulunya hilang semangat dan main tak menjadi, tiba-tiba menjadi pemusnah Chelsea. Dah hampir nak hujung separuh pertama tamat Coutinho, mendapat hantaran Firmino melakukan sepakan lencong ke arah kiri menjaungkaui Begovic yang hanya mampu melihat sahaja. Kunci yang penting ialah sepakan tak perlu laju, padu melampau. Cukuplah sesedap rasa yang penting melencong masuk kedalam gawang. Kalau tepat sukar juga sebab ramai bersedia dalam kotak macam tin sardin. Separuh masa pertama tamat dengan selesa bagi kedua-dua pasukan.
Separuh kedua bermula dengan pelbagai kontroversi. Costa menerajang perut Skrtel pengadil buat dek, mungkin tak pakai kanta lengkap. Padahal ikutnya otomatik kad merah. Lepas itu pula Lucas yang dah berkad kuning sebelum ini terlepas hukuman kad kuning keuda dan otomatik merah kerana menjatuhkan Ramires. Macam nak gila pemain-pemain Chelsea merungut dan kompen dengan pengadil, tapi mereka lupa yang pengadil tu juga dah selamatkan mereka dari main 10 orang. Kita tengok Mourinho tak buat reaksi apa-apa macam tahu pengadil memang tak berpihak sesiapa.
Kemasukan Benteke adalah pemangkin kejayaan Liverpool.Tak berapa minit masuk dah bagi hantaran baik punya kepada Coutinho melalui tandukan. Disinilah Coutinho melakukan aksi menggelecek pemain Chelsea dari kiri masuk kekanan dan merembat mungkin terkena badan Terry dan terbias masuk luar dari jangkaun Begovic. Sekali lagi Stamford Bridge bergegar dengan sorakan peminat Liverpool, dah macam kat Anfield pula. Peminat Chelsea diam kaku dan macam dah tak mampu mengibarkan bendera dan juga jiwa plastik mereka.
Kelukaan Chelsea tak dibiarkan kering dengan cepat. Kali ini ditoreh kembali oleh Benteke untuk gol ke-3 Liverpool. Kali ini Ibe memang cemelang. Boleh sahaja dia buat hantrang lambung cari kepala Benteke. namun dia nampak Lallana dalam keadaan tak terkawal yang punyai peluang lebih baik. Apa yang mengejutkan ialah Lallanan tak menyambut bola tapi sekadar membodohkan lawan dengan acah-acah badan membiarkan bola kepada Benteke. Benteke mengelecek dan mencari ruang baik untuk melepaskan rembatan padu melepasi celahan kaki pemain Chelsea. Chelsea tak mampu bangkit lagi dan gol Benteke adalah pukulan maut keatas Chelsea.
Kemenangan ini bakal jadikan pemain sedar mereka memang ada kebolehan dan mampu mengatasi lawan Cuma apa yang Klopp pernah kata ialah pemain perlu mengatasi tekanan dalam diri sendiri dahulu, selebihnya barulah apa yang dibuat bakal menjadi. Ianya telah didemotrasikan dalam perlawanan ini. Bukan setakat meng"gegenpressingkan" lawan bagi mereka tak boleh serang dan buat gol, tetapi yang penting bangkit dan memenangi perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan. Dah lama tak rasa seronok tengok pasukan main dengan bersemangat dan lebih penting menang dengan pasukan yang tak pernah pengurus sebelum ini menangi di Stamford Bridge.
satu satunya player chelsea yang bermain bola william, kalau tak lagi susah chelsea
ReplyDeleteuntuk jadi juara..perlu KONSISTEN..hari ni menang..esok kalah..tak maulah..ada lebih 28 perlawanan lagi ..mau menang lagi 21..sekali je mau kalah..lain-lain..draw.baru boleh jadi calon juara liga..boleh ke Klopp and the reds gang?..YNWA.
ReplyDeleteterbaik ulasan ni!
ReplyDeletekan dh ckp..klopp dh bromance dgn diorg..kemesraan dh nampak antara diorg..
ReplyDelete-cucu mak leha-