"Saya percayakan kepada latihan, mungkin bagi sesetengah orang lebih utamakan perpindahan "
Dari petikan ayat Klopp kat atas kita tahu yang Klopp takkan cari solusi dengan mudah dengan minta duit untuk perpindahan untuk merombak pasukan secara drastik. Pemain tinggalan Brendan yang paling ramai menyampah, Dejan Lovren pagi tadi dah makin nampak perubahan positif. Tak ada lagi nak memandai-madai nak pegang bola dan gelecek penyerang lawan lagi. Kini Lovren main dengan cara paling asas dan mudah, dapat bola pastikan dikeluarkan dari kawasan bahaya secepat mungkin. Malah kita nampak beliau begitu konfiden dan hampir tiada kesilapan.
Kesebelasan utama yang diturunkan memang nampak janggal pada mulanya. Tanpa penyerang tulin, Firmino diletakkan sebagai penyerang utama. Dibantu oleh Coutinho disebelah kiri dan Lallana disebelah kanan. Saya mulanya agak tak berapa faham, agak mungkin taktik serang balas nak diterapkan. Sangkaan saya silap, Klopp menggunakan corak hampir sama zaman SAS dulu, penyerang yang digunakan untuk menekan dan menghambat pemain pertahanan lawan supaya buat silap. Kalau letak Benteke memang payah nak main sebab Benteke kurang mobil dan statik dan pemain serangan tak boleh nak bertukar-tukar posisi ketika serangan pantas.
Tak payah nak tunggu lama, kejutan seawal minit ke-7, bilamana Coutinho merampas bola dari kaki Sagna dan melakukan larian kearaha penalti Man City, nampak Firmino kosong dan melakukan hantaran kepada Firmino. Firmino memang nampak Coutinho dah gerak kekawasan tengah dan melakukan hantaran lintang ketengah, namun Mangala yang kononnya nak selamatkan keadaan cuba sepak bola tetapi terkantoi kedalam gawang sendiri. Siapa sangka rezeki datang menggolek tak payah nak jaring sendiri sebab Man City dengan murah hati mensedekahkan kepada pelawat.
Dalam pada City bertungkus lumus melakukan serangan dan alpa menyerang, Liverpool mengambil kesempatan untuk kejutan kali kedua. Sekali lagi hasil dari serang balas yang pantas dimulai oleh Coutinho. Dia membawa bola dari tengah, melorongkan kepada Firmino, dan Firmino dengan akal yang licik melarikan bola diantara Mangala dan Demechelis dan kearah sebelah kanan. Nampak Coutinho dalam keadaan tak dijaga, Firmino meleretkan bola sampai cun-cun didepan Coutinho dan dengan sedas hayunan sepakan Joe Hart tewas kali kedua.
Dua gol awal hasil gerakan Firmino, tetapi Coutinho nampaknya sedang bagi muka kepada rakan sekampung beliau. Gol ketiga hadir setengah jam perlawanan, dengan gerakan serangan berkumpulan yang memang kita respek sebab penuh tipu muslihat dan juga toleransi. Gerakan dari kiri dimulai oleh Coutinho dia nampak Emre dalam posisi tanpa kawalan. Yang paling teruja Emre melakukan sepak kebelakang yang memang mengejutkan lawan, dan betul-betul ngam-ngam dengan larian Coutinho. Coutinho patutnya boleh melecongkan bola buat nama sebagai penjaring kedua, tetapi dia melorongkan kepada Firmino untuk tap bola mudah kedalam gawang City.
Man City bukan tak serang, tetapi pertahanan kita begitu liat macam daging kerbau. Namun kualiti pemain bertaraf bintang yang ada pada Sergio Aguero tak dinafikan begitu marbeles. Dek kerana kesilapan Milner yang cuba mengeluarkan bola tapi tak sampai dan kantoi, Aguero melarikan bola dari tengah dan melakukan rembatan lencong bertaraf dunia melepasi jangkauan Mignolet. Bagi saya kealpaan pemain nak tutup ruang dan bagi peluang kepada Aguero cari sasaran itulah punca utama. Namun Mignolet memang tak boleh dipersalahkan sebab agak mustahil nak selamatkan bola lemcongan cenggitu. Separuh pertama tamat dengan pelawat mengejutakan tuan rumah 1-3.
Separuh kedua, City nampak menguasi permainan. Mereka nampak macam banyak gerapan bahaya tetapi Sterling dan De Bruyne tak mampu nak atasi kerjasama berpasukan pemain Liverpool tambahan pula dengan tanpa kelibat Aguero yang dikeluarkan, serangan City kian mandul. Ingatkan City nak tambah gol, tetapi nampaknya Liverpool menambahkan lagi kemaluan kepada tuan rumah. Sepakan sudut dari kanan mencari Benteke dan hanya dapat ditampan kehadapan beliau. Skrtel yang berada diposisi terbaik, melakukan rembatan padu yang dia jarang lakukan sebelum ini. Kesudahan drama di Ittihad 1-4 dimenangi oleh pelawat.
Macam yang saya tulis dalam entri pra-perlawanan. Pemain kita bakal memang jika main dengan 200 peratus persembahan. Nah, memang tak disangka kesemua pemain berikan respon yang baik dari apa yang Klopp mahu mereka lakukan. Klopp sendiri cakap yang permainan masih belum lengkap sempurna, tetapi ianya cukup bagus Dan kian meningkat. Itu masih belum ada Sturridge, Henderson dan Sakho. Kalau pemain utama dah pulih, says rasa Klopp lagi banyak opsyen dan dapat buat pertukaran untuk elak keletihan dan cedera.
Pemain telah mendapat cukup kasih sayang dr jugen kulup. ..ynwa
ReplyDeleteMungkin sebelum ni tidak cukup kasih sayang yang diberikan oleh BR
ReplyDeleteGol aguero tu kalau tak silap mistake dari skrtel yang passing bola tak sampai ke player liverpool.
ReplyDeleteThe best...the best..the best of you!!!(foo fighter)..haha
ReplyDeleteya..gol aguero bersebab dari tendangan skrtel terkena pemain MC..melantun kepada aguero..sikap(cara main) ..skrtel tak banyak berubah..nasib dia dapat tebus kesilapannya dengan tendangan padu ke arah celah pertahanan joe hart dan gol..kalau tak..saya paling menyampah tengok cara dia main..
ReplyDeletemenurut yincik klopp..liverpool belum lagi mencapai tahap sempurna..satu kesilapan yg.selalu dilakukan oleh pertahanan..adalah back pass..sangat kurang cermat..lantas diserbu oleh penyerang lawan (raheem)..nasiblah tak menghasilkan gol..kalau tak..perkaran begini patut yincik klopp dan pembantunya kena perhatikan..beritahu bentang jangan lakukan begitu kecuali penyerang lawan berkedudukan jauh atau selamat..
ReplyDeleteBlog nie dah x aktif ke?
ReplyDeleteMcm chip more..sejap ade sejap tak..hahaha 2 match dh tak update
ReplyDeleteMcm chip more..sejap ade sejap tak..hahaha 2 match dh tak update
ReplyDelete