Klopp terpaksa main dengan kesebelasan yang baru pulih. Kenapa begitu. Jangan heran sebab dia dah takda opsyen kat bangku simpanan kecuali pemain hingusan. Sebab itu bila ramai bising apasal tak guna pembelian Januari, inilah yang bakal berlaku. Hujung musim pemain utama cedera atau habis gas, perkara camni dah tak boleh nak buat apa-apa. Nak harap pemain muda nak tukar rentak, jangan haraplah. Silap-silap masa dok kat bangku simpanan, telur jadi kecut.
Saya percaya corak terbaik untuk main dengan Palace memang macam kita main. Takda pilihan sebab memang Klopp hanya ada plan A sahaja. Cuma pemain yang kita ada tak boleh terjemah apa yang Klopp nak dengan baik. Perkara yang kita lemah ialah bermain secara konsisten dengan lawan yang cukup suka main bertahan, serang balas dan guna setpis. Stoke dan WBA mungkin fokus kita dalam keadaan terbaik, namun Palace kat rumah sendiri mungkin terlajak yakin barangkali.
Corak Sam Allardyce kat mana-mana pun sama. Saya ada baca artikel pasal Abang Sam. Dia memang pengurus yang moden sebab dia juga gunakan teknologi canggih untuk perbaiki pasukan yang dia main. Pada Abang Sam, corak Liga Inggeris tetap sama, pemain masih perlu agresif dan lasak. Sebab itu dia tahu jika nak kelebihan dengan Liverpool dan sewaktu dengannya, main dengan cari kelemahan lawan maknanya jika kena bola tinggi selalu itu sahaja jalannya.
Terus kepada perlawanan. Liverpool main macam selalu kita tengok, berkampung kat kawasan Palace sampai padat sesak kat sana. Kat bawah hanya tinggal Lovren dan Matip dan kadang-kadang Lucas yang main sebagai sweeper. Liverpool tak banyak peluang kecuali berpuluh-puluh hantaran pendek bersimpang siur depan kotak penalti. Palace buat percubaan awal bila Benteke cuba rembat dari luar kotak namun jauh sangat tersasar.
Dalam pada permainan masih kebuntuan jaringan. Liverpool mendapat gol awal dari bakal pemain Barcelona, Coutinho. Dia diapit oleh pemain tengah Palace yang cuba halang Coutinho dari buat rembatan. Pengadil tanpa prejudis berikan sepakan percuma dikedudukan kegemaran Coutinho. Dengan gaya lencongan kekiri penjuru gol Palace, bola masuk dengan sempurna tanpa dapat ditepis oleh goli Palace yang cuba terbang selamatkan bola. Liverpool didepan 1-0. Liga Juara-juara dalam genggaman.
Liverpool menggandakan asakan tetapi semua tak kena sasaran. Malah Palace juga ada peluang namun mereka juga agak hambar. Namun rezeki orang yang sabar akan hadir. Palace mendapat peluang entah dari mana bila Liverpool alpa. Lovren naik menyerbu kat atas padahal dia takda bekap kat belakang. Kesempatan itu diambil Cabaye untuk merempit laju dan sama-sama itu melepaskan hantaran kepada Benteke yang entah dimana sampai dengan selaba menempek gol penyamaan Palace. Dia tak raikan jaringan, mungkin rasa hormat dengan peminat.
Separuh kedua bermula dengan masih kebuntuan 1-1. Palace masih Palace. Tak berubah corak permainan kerana mereka tahu Liverpool sekarang dah dalam mod gelabah biawak nak cari gol kemenangan. Liverpool punyai banyak peluang lagi tetapi semuanya tak bermakna tanpa mencecah jaring. Giliran Palace mendapat sepakan sudut, diambil Townsend dan pemain Liverpool sebaris seakan kaku bila bola melepasi mereka dan sampai ke arah Benteke dan dengan padu, janda kita itu menanduk untuk gol kemenangan Palace.
Kritikan kepada Klopp memang patut, malah dia akui dia tiada pilihan sebab kat bangku simpanan semua budak-budak hingusan yang tak boleh berikan impak. Kemasukan Grujic, Trent dan Moreno tak permudahkan urusan nak hambat gol. Kerana jika Palace dah didepan, mereka lagi gian nak bertahan. Plan B kita patutnya pemain yang jaringkan gol kemenangan untuk Palace, Benteke, bukan pemain bawah 17 yang baru tumbuh bulu pahat.
Dengan kekalahan dengan Palace posisi ke Liga Juara-Juara musim depan diambang gagal. Namun secara moralnya macam sial rasa dok harap benda diluar kawalan kita. Terpaksa berharap Man City pukul Menyu selepas ni. Malah Arsenal juga cirit mata satu dua perlawanan. Sebab itulah yang penting Klopp kena pastikan 4 perlawanan terakhir sebagai perlawanan wajib menang. Nak cakap boleh menang semua tak berani tetapi semuanya tak mustahil.
sakho dok main tepuk amai-amai dengan benteke...takde masa depan la dia kat anfield
ReplyDelete