Gol pembukaan sedang dinanti peminat Liverpool sebab pasukan kita kemain asyik main serang. Tetiba dari Mat Gigi ralit nak main bola ke bawah tanpa sedar ada pemain lawan berdekatan. Hantaran cukup lemah gemalai dan disambut Afobe dengan sepantas kilat dan sekali dengan Mignolet tak mampu nak halang Afobe menjaringkan gol pembukaan pelawat.
Saya nampak takda komunikasi antara pemain dan peranan bek tengah yang tak buka ruang untuk terima hantaran serta bagi amaran kat Gigi sebab majoriti pemain lawan masih berada dalam separuh kawasan Liverpool. Namun sikap Gigi yang tak putus asa nampak dia punyai mental yang kuat walaupun pemain lain memang nampak buat muka seposen kat dia.
Main dengan Bournemouth bukan boleh nak harap main cantik sahaja. Lagi kita pegang bola lama makin sukar nak buat gerakan. Tak sangka hantaran dari Mignolet merupakan strategi terbaik cari gol. Sekali penyepak bola yang ditala cari kepala Origi sampai dan Origi menanduk keatas dan disambut Firmino. Dalam diasak ramai Firmino sempat melorongkan bola kepada Coutinho. Dengan teknik kawalan terbaik Coutinho melegakan peminat dengan gol penyamaan.
Separuh kedua bermula dengan Liverpool nampak bersemangat untuk tambah gol. Origi hampir menyumbat gol dengan beberapa percubaaan. Namun Gigi jadi hero dengan gerakan dari sebelah kanan mengelirukan beberapa pemain lawan dan melepaskan hantaran lambung melepasi pertahananan lawan dan sampai kepada Origi yang tak dikawal. Mudah sekali Origi menanduk kedalam gawang dan stadium kembali gamat dengan Liverpool kembali didepan setelah ketinggalan awal.
Ramai yang tak puashati dengan Klopp sebab dia rehatkan Coutinho dan masukkan Matip seawal 60 minit perlawanan. Tapi bagi saya itu tindakan berani mati Klopp sebab dia nak setel dengan jaringan 2-1 dan main sedikit bertahanan. Kemasukan Matip membantu cuma bagi saya bahagian tengah jadi lemau bukan kerana Coutinho tetapi Emre yang dah jadi penumpang bas dalam separuh kedua ini. Cedera mungkin tetapi Klopp patut keluarkan Emre untuk masukkan sorang pemain tengah yang lebih cergas.
Bournemouth walaupun pelawat tetapi dengan corak Liverpool yang dah taknak serang mereka naik kepala. Hasilnya dari lontaran bola pemain berjaya kekuarkan bola tetapi kantoi balik kepada pemain lawan diluar kotak. Hantaran pantas Daniel mencari King dan akibat keadaan kelamkabut Klavan macam pening mabuk todi tercari2 bola dan King dengan selamba untuk merembat gol penyamaan Bournemouth. Segalanya agak terlambat buat Liverpool nak buat kebangkitan semula.
Walaupun tak tewas namun satu benda yang rasanya tak seronok pasal perlawanan ni ialah pasukan lawan yang bakal kita layan nanti pasti akan tiru cara main Bournemouth. Klopp kena ambil iktibar sebaik mungkin bukan sekadar mengaku kesilapan. Nasib baik Man City bungkus dengan Chelsea, ada lagi peluang nak bernafas. Cuma harap Arsenal dan Menyu kantoi beberapa perlawanan sebab mereka juga ada peluang saksama untuk rampas posisi ke 4 jika pasukan kita buat hal.
No comments:
Post a Comment