Koeman rasanya cuba main akal. Dia letakkan beberapa pemain muda hingusan dalam kesebelasan. Tak sensitif langsung pasal perlawanan kejiranan. Dia rasa perlu main agresif dan robes untuk dapat keputusan di Anfield. Bila wartawan tanya pasal perlawanan ni, dengan bongkak cakap, Koeman ialah Koeman, tak sama macam Martinez bhai. Dia rasa dengan beberapa perlawanan tak terkalah sejak beberapa minggu, pasukannya dah cukup besar dan kebal nak rempuh Liverpool di kubu Anfield. Kalau dengar pasti gerun. Apataknya Klopp pernah cakap, dia pun tak berani dengan Koeman, kalau Koeman si kereta kebal Belanda main atas padang 20 tahun lepas. Tapi kalau diluar padang lejen mana pun setakat boleh sembang.
Mungkin dari segi perspektif lain. Orang cakap buat perkara diluar kotak, idea Koeman memang tak koman. Pemain muda punyai sifat agresif tetapi gelojoh. Bergantung bagaimana juga sifat jurulatih juga. Kalau jurulatih juga tak mampu nak bentuk pemain maka hasil yang berlaku diluar kawal. Sebab perkara camni pernah berlaku kat diri abam masa muda-muda dahulu. Acah-cah perlawanan kejiranan juga tapi perlawanan hanya bertaraf persahabatan sempena Hari Belia 4B, antara pasukan otai dengan pasukan remaja kampung. Pasukan otai memang hebat kemain, fizikal dan mental terbaik sebab mereka memang dok main bola petang-petang.
Kami pasukan Rakan Muda, paling tua abam 18 tahun masa tu dan paling muda 15 tahun, budak PMR. Jurulatih cikgu sekolah mana ntah dah lupa .Dia bagitahu kat kami main dengan otai jangan main kalut dan tapi tenang. Biar depa kawal permainan ala Liverpool (dia tak cakap Liverpool, abam tambah saja). Yang penting bila dapat bola, tolak kedepan cepat-cepat dan bila ada membe dikedudukan terbaik, bagi bola dan gol atau tak itu kemudian cerita. Korang mungkin cakap abam lebong, tapi hakikatnya perlawanan tu berakhir dengan kami geng belia belasah otai, 4-1. Korang jangan tak percaya yang abam berjaya hatrik pada perlawanan tu dengan berbekal but Nike Tiempo.
Jangan hilang fokus dan teruja dengan cerita abam kembali kepada tajuk asal. Permainan kejiranan sejak zaman berzaman memang penuh kontroversi dan kekasaran, tumpah darah bagai. Tak kisahlah kat kampung kita atau kat Liverpool sekalipun. Cuma sejak kebelakangan ni Everton memang tak mampu nak buat kejutan sangat seperti zaman Moyes. Zaman Moyes saya salut kerana Everton cukup disiplin dalam taktikal. Saya ingat paling bahaya jika ada Tim Cahill dan Adny Johnson, sebab mereka memang main agresif dari atas dan sondol bek kita gila babi sampai bolos gol. Sejak itu tak dengar lagi suara sumbang peminat Everton ejek Liverpool sebab mereka kembali menjadi ratahan bagi Liverpool.
Sebelum sepak mula, seluruh hadirin-hadirat kat stadium berikan penghormatan buat Arwah Ronnie Moran yang meninggal 22 Mac lepas. Lejenda Liverpool yang istiqamah dan walaq dengan Liverpool hingga ke akhir hayat. Nak cerita pasal Atok Ronnie mungkin dalam keluaran akan datang. Liverpool bermain dengan formasi klasik 4-3-3 bagi Klopp dan formasi ujian 3-4-2-1 bagi Koeman. Pihak tuan rumah main 3 penyerang dan pelawat main 3 pertahanan. Itu pembayang yang Everton akan main bertahan dulu kemudian serang, manakala pasukan kita cam biasa, "Tora-Tora-Tora", serang-serang dan serang. Walaupun pada hakikatnya tak sehebat kapal terbang kombat Japan Zero, namun ianya efektif sekali serang lebur kubu Everton cam Pearl Harbour.
Kenapa saya cakap begitu sebab keseluruhan perangkaan perlawanan, Liverpool hanya buat tak lebih dari 10 percubaan. Itupun bukan peluang terbaik, banyak yang kelaut antara sepuluh2 tu. Percubaan awal memang kelaut tetapi dalam 10 minit perlawanan Liverpool menjamu pelawat dengan aksi Mane yang membuahkan gol. Hasil lorongan Matip kepada Mane, Mane mengekalkan kesimbangan ala gimnas dan mengelak bentesan pemain lawan sambil melarikan bola. Opsyen hantaran kepada Firmino dan Mane meneruskan larian ketengah. Firmino kembalikan bola kepada Mane dan anak Pak Imam tu berjaya mengelak bentesan lawan dan dibantu Coutinho yang buat larian menarik bek Everton dan Mane dengan sekali rembat menewaskan goli Everton. Liverpool 1-0 Everton.
Everton bukan jenis duduk diam. Menjawab juga dengan perolehan gol penyamaan. Itulah penyakit lama Liverpool masih ada saki baki. Bila lawan dapat sepakan penjuru, abam sendiri kemain gusar sebab tahu, bahaya boleh datang dari situ. Bukan nak minta gol, tetapi sangkaan buruk menjadi mimpi ngeri. Macam kat drama, kalau mak pegang cawan jatuh, anak nak eksiden la nanti. Masin mulut, bila sepakan sudut diambil, kedudukan susunan pemain kita banyak memudahkan kerja buat lawan untuk buat gol. Tandukan Jagielka tak dicelen, Williams hanya dicabar Lovren dan bila bola kantoi, dengan mudah Pennigton, tak pening kepala merembat masuk gol penyamaan. Liverpool 1-1 Everton.
Keseronokan peminat Everton, malah peminat Man City, Arsenal dan juga Setan Merah tak kekal lama. Selang beberapa minit Liverpool kembali didepan. Coutinho yang beberapa mingggu lepas main bebal dah jadi hero kembali. Mungkin dia kembali dari bermain dengan skuad Brazil dengan keazaman baru. Kita tak tahu apakah keserabutan telah hilang setelah bersama Neymar tetapi yang penting Coutinho kembali dengan sentuhan keramat. Tren gol kali ni sama macam Mane, menerima gol dari tengah dan melarikan bola dengan gaya samba, masuk kedalam kotak penalti dan melakuakn sepakan lencong yang menewaskan Robles sekali lagi. Liverpool mendahului 2-1. Makin meleleh terliur Barcelona dengan aksi Coutinho.
Everton macam kena isim dan main kasar tak ingat dunia sejurus itu . Barkely terlepas hukuman akibat menerjah Lovren. Tetapi menyedihkan ialah Mane, cedera akibat bentesan Baines. Melipat kaki kena terjah. Walaupun ianya nampak macam tak disengajakan dari pandangan pengadilan. Namun korang yang biasa main bek tahulah camna nak main suci dalam debu, main kasar tapi bersih. Abam pernah main cenggitu, tetapi kena pasikan bola kita dapat 100 peratus dahulu dan selebihnya rodoklah kaki lawan seadanya. Kalau lawan baik hati, keluar padang salam 0-0. Tapi kalau jenis pembaran, kalau tak dapat dalam padang, kat luar makan kaki. Jadi jangan main camtu abam pesan.
Mane tak dapat teruskan permainan. Kecederaan nampak tak berapa teruk, tapi atas faktor Mane baru balik dari perlawanan antarabngsa, Klopp keluarkan dan menggantikan dengan Raja "SuperSub", Divock Origi. Origi yang cergas dibawa masuk menggantikan Mane bermain ditengah dan Firmno ambil posisi Mane. Tak sampai pecah peluh, Origi menunjukkan sentuhannya. Hantaran Everton dipatahkan oleh Milner dan bola dirampas Coutinho. Dengan larian samba yang cukup mengelirukan lawan, dia melorongkan kepada Origi yang membuka ruang ditengah. Dengan ruang terdedah Origi merembat padu dan sekali Robles kecundang. Liverpool 3-1 Everton.
Sejurus gol Origi, Liverpool bermain untuk cari gol lagi namun Robles nampak lain macam menyelamatkan beberapa percubaan. Tetapi bagi Everton mereka main untuk bagi pemain Liverpool cedera. Sasaran seterusnya ialah Emre yang di terjah Williams ketika perebutan 50-50. Mungkin pengadil sedikit terlindung, kalau tak kad merah yang dinanti-nantikan dalam perlawanan kejiranan bakal muncul. Saya terkilan sebab Klopp simpan Emre tak ganti dengan Grujic. Namun kemasukan Trent-Arnold memang sesuai walaupun dia diberi peranan lebih menyerang dan tak menghampakan.
Cuma satu perkara lagi yang saya salut Klopp ialah dia berjaya diamkan pengkritik Lucas, sebab Lucas main dengan begitu baik sebab dia paling otai sebab dah harungi 10 perlawanan kejiranan. Lupa nak bagitahu yang abam tak nampak Lukakku wujud dalam perlawanan sebab Lovren simpan pemain tu dalam kocek beliau sepanjang perlawanan. Perjalanan tak jauh lagi 8 perlawanan dan harapnya tak tercicir dengan lawan yang lebih bawah. Tumpuan kepada mata maksimum selepas ni, namun harap saingan kita keciciran mata terutamanya perlawanan City lawan Arsenal nanti.
Akhirnye abam teka tepat..
ReplyDeleteyeeaaaah!
#ynwa
Lupa nak bagitahu yang abam tak nampak Lukakku wujud dalam perlawanan sebab Lovren simpan pemain tu dalam kocek beliau sepanjang perlawanan... hahaha
ReplyDelete