Separuh pertama paling kecewa tengok perlawanan. Pemain memang tak biasa dengan taktik itu. Malah macam tak suka main cam gitu. Bila 5 kat bawah patutnya pertahanan memang stabil, tetapi nampak lebih kurang macam biasa 4 kat bawah. Rasanya kalau tak kerana Mignolet lebih awal kita kena gasak dengan Stoke. Dia berjaya basuh tahi yang bek kita tinggalkan bertaburan. Nasib baik gol Shaqiri tak dikira. cering bulu ketiak sebab penjaga garisan tak rabun jauh.
Pengadil yang nama Mike Dean memang kurang fokus. Sepatutnya Liverpool dapat penalti jelas dan terang. Tengok ulang tayang, Pieters dah secara senagja menyepak kaki Woodburn, ketika adik kita tu membuat pusingan untuk menghadang bola. Masalahnya pemain kurang fokus sebab nak membantah pengadil yang haprak, dan peluang digunakan Stoke untuk menyerang balik serta berjaya mendapatkan gol hasil gerakan Shaqiri yang menghantar bola lambung dan disudahkan oleh Walters 2 minit sebelum separuh pertama tamat.
Kepanikan bolos awal dirasai semua jemaah Liverpool. Dengan pemain sedia ada takkan berubah nasib pasukan jika takda perubahan taktikal. Klopp rasanya insaf eksperimon merapu beliau tak berjaya. Keinsafan itu mengakibatkan Klopp kembali sedar yang Coutinho dan Firimno kena masuk secepat mungkin. Kemasukan mereka ternyata berikan impak maksima. Hinggakan Origi yang merapu awal separuh pertama, main baik dan hampir melencongkan gol. Main elok pun dah tak guna, Klopp perlukan idea baru kat atas dan Sturridge diberi peluang untuk buktikan sesuatu.
Namun pemergian Origi dan kemasukan Sturridge bawa rahmat untuk pasukan. Sturridge tak perlu jaringkan gol. Sekadar buat kalut depan gol pun dia dah kira membantu Liverpool hasilkan gol penyamaan. Kecemerlangan Emre bukan sebab dia rajin lari dan hambat pemain tetapi hantaran jauh beliau kedalam kotak mencari Sturridge , namun bola cuba dikeluarkan pemain Stoke untuk elak disambar Sturridge dan Gigi. Namun bola kantoi betul-betul depan Coutinho dan beliau menyudahkan dengan rembatan leret untuk gol penyamaan Liverpool.
Main tiki-taka dengan Stoke memang tak guna. Masalah bola lambung bukan tak boleh hasilkan gol macam separuh pertama, tetapi pemain tak reti nak berada dalam situasi terbaik untuk kawan nak cari sasaran. Cara nak hasilkan gol dari gerakan tengah dengan lambungan cantik ditunjukkan Mat Gigi untuk gol kedua. Firimino sasaran yang berada dalam situasi terbaik, berjaya melepasi perangkap offside dan merembat bola dengan gaya mutu keunggulan. Liverpool bangkit dengan gol kemenangan Firimino membuatkan bookie lari terjun bangunan, sebab Liverpool dah berjaya lepasi badi pasukan bawahan.
Liverpool hanya bermain bola 45 minit separuh kedua. Separuh pertama Klopp macam senagaja nak cari maki. Tetapi dalam semua pemain saya nampak Mignolet adalah hero sebenar kerana kalau dia tak fokus, nescaya Stoke kenduri gol sejak awal lagi. Paling ekselen bagaimana dia selamatkan pecubaan Berahino yang kalau dilain masa dan ketika, memang dah gol jawabnya. dengan kemenangan ini Liverpool masih kekal ditangga ke-3. Jangan seronok dulu sebab bersambung lagi drama bersiri seram macam ni lawan WBA di Hawtorn minggu depan.
ulasan ni mmg lawak..haha
ReplyDelete