Kontrak Glen Johnson bakal tamat selepas musim 2014/15. Pihak FSG belum buat keputusan samada nak sambung kontrak dengan gaji £110,000 seminggu sedia ada. Gaji sekarang pasti bakal dikurangkan jika sebarang kontrak baru diberikan. Polisi mereka yang pelik itu patut kena ikut keadaan dulu. Bek kanan utama ialah Johnson dan Flanagan serta Kelly sebagai timbalannya.
Real Madrid pun sedang berkira-kira nak cuba pikat beliau musim depan. Malah Arsenal juga sedang buat perkiraan nak jadikan Johnson pengganti Sagna yang dah nak habis kontrak.Itu belum kelab Liga Super Malaysia, JDT masuk jarum lagi. Jadi apabila kelab-kelab besar macam tadi cuba mengorat Johnson itu bermakna dia memang Bek Kanan terbaik dipasaran.
Satu tahu Brendan ada sasaran untuk bek kanan tetapi, dia masih perlukan Johnson yang berpengalaman luas dalam Liga Juara-Juara. Selagi mana belum ada pemain yang benar-benar boleh gantikan beliau, saya harap janganlah pengurusan buat kerja gila, nanti yang digendong tercicir yang dikejar tak dapat. Kita tengok sendiri kebelakangan ini prestasi Johnson kembali menyengat. Jadi beli saingan beliau dulu musim depan atau lihat bagaimana prestasi Flanagan, lepas itu baru buat keputusan.
Kalau dpt jgan jual.sbb johnson bakal jdi legand liverpool.btol x kwn2.YNWA#
ReplyDeleteMenurut saya Johnson adalah fullback yang terlalu kaku dan textbook, namun performa hebat yang ia perlihatkan pantas dihargai dengan kontrak baru. Congratz Glenjo
ReplyDelete