Akhirnya, setelah 8 kali perbincangan mengenai pembaharuan kontrak beliau menemui jalan buntu, Rafa telah bersetuju menyambung khidmat beliau di Anfield selama 4 tahun lagi. Maka berakhirlah desas-desus menyatakan Rafa akan ke Real ataupun Mourinho akan ke Anfield. Kemungkinan juga beliau telah berjaya untuk mendapatkan kuasa sepenuhnya dalam setiap pembelian pemain dan itulah yang saya harapkan.
Bagi saya tidak apa yang cacat celanya Rafa. Walaupun terkadang tindakan beliau mengundang kontroversi dari peminat dan juga orang luar, saya rasa Rafa ada logic beliau tersendiri. Seringkali juga saya menggelarkan beliau pemikir agung bolaqsepak kerana tindakan beliau tidak selaras dengan pemahaman kita tentang bolasepak. Tidak hairanlah kita bahawa beliau telah menerima penghormatan dari Miguel Hernández University di Spain yang setaraf Ijazah kehormat dalam usaha beliau dalam bidang kejurulatihan bolasepak.
Tidak perlulah diceritakan kejayaan beliau berbanding Houllier. Masing-masing mempunyai resepi tersendiri. Tetapi apa yang menariknya Rafa ialah setiap pembelian pemain beliau lebih mengutamakan kesesuaian taktikal berbanding reputasi. Walaupun begitu kadang-kala beliau mungkin tersilap perkiraan, tetapi beliau mengambil langkah segera untuk menjual pemain yang dibawa masuk olehnya yang tidak menunjukkan taraf permainan yang diingini.
Saya tetap tidak mengharapkan sesuatu yang drastic seperti kejuaraan Liga musim depan jika pemilik sekarang masih tidak menyediakan dana yang secukupnya. Memanglah skuad sekarang mampu mengalahkan barisan Man U, Chelsea dan juga Real Madrid yang lebih hebat. Tetapi apabila melayani skuad yang bermain taktik berkubu didepan pintu gol, kita perlukan kreativiti dan pemian yang ada sekarang masih tidak berupaya mengopak benteng tersebut sebelum ini.
Oleh yang demekian saya berharap Rafa akan diberikan segala bentuk bantuan moral dan kewangan untuk menjadikan pasukan Liverpool sebagai gergasi bolasepak yang bakal mendominasi dan digeruni lawan di England dan juga di Eropah.
No comments:
Post a Comment