Tahniah buat Kargiakos kerana berjaya memenangi kontrak terbaru yang tertulis jika beliau dapat bermain dalam sekian-sekian jumlah perlawanan, maka secara otomatik kontrak lanjutan 12 bulan akan diberikan. Ini semua nasib belaka. Kalau Agger tak cedera, nescaya Kargiakos takkan dapat peluang beraksi sebagaimana musim ini. Tambahan pula Carragher juga cedera dan tinggal Skrtel dan Kargiakos pertahana senior selain Wilson yang belum teruji dan berisiko jika diletakkan untuk bermain sebagai bek tengah.
Musim depan, jika betul Liverpool membawa masuk bek tengah baru, yang terkini saya dengar Scott Dann atau Christian Zapata, maka Kargiakos bakal menjadi pemanas bangku simpanan. Walaupun begitu kebolehan pemain ini sebagai pemain bidan terjun jika adalah krisis pertahanan, tak saya pertikaikan. Cuma dari masa depan adalah lebih baik naikkan bek muda seperti Andre Wisdom untuk untuk menimba ilmu dan diberikan peluang beraksi sekali sekala. Saya yakin motivasi pemain akademi yang ditunjukkan oleh Flanagan dan Robinson mampu dicontohi oleh pemain muda lain.
takpe...jdikan kargiakos sbgai snior yg bole tnjuk ajar player mude...hehe...
ReplyDeletep/s ...truskan update blog anda...sbb sy baca blog anda bole kate tiap mlm....nk tau update terkini LFC ksygn kite...hehe
http://www.goal.com/en/
ReplyDeletefor more news..