Mungkin ramai yang bersetuju bahawa keajaiban di Istanbul berulang kembali. Benitez telah sekali lagi menunjukkan bahawa semangat juang serta tidak kenal putus asa, walaupun dibolosi dua kali tidak akan membuat pakar taktikal itu mudah putus asa dan idea.
Permainan Aurelio amat hambar kerana gol pertama adalah berpunca dari kelalaian beliau menyebabkan Shaun Wright Philips berjaya mengelecek dan membuat hantaran lintang kedalam penalti dan disudahkan oleh Ireland. Gol Sepakan percuma kedua pula berlaku akibat tindakan Riera yang menjatuhkan SWP diluar kotak. Garrido dengan tenang melakukan sepakan lencong melepasi jangkauan Reina.
Minit ke-55 barulah gol semangat Liverpool terhasil akibat dari hantaran Gerrard kepada Arbeloa yang tidak dikawal disebelah kanan dan melakukan hantaran rendah yang disudahi oleh Torres. Gol ke-2 pula muncul melalui tandukan Torres hasil dari sepakan penjuru Gerrard.
Gol minit-minit akhir Kuyt memberikan 3 mata penuh untuk dibawa pulang oleh pasukan pelawat.
Saya sama sekali tidak menyangka yang kemasukan Bennayoun akan merubah rentak permain Liverpool yang agak boleh dijangka pada separuh masa. Kelicikan beliau dengan melakukan larian serta hantaran pendek amat berbeza dengan Reira.
Dari situ kita lihat kepakaran Benitez dalam situasi kali ini amat mirip Final Pila Eropah di Istanbul, beliau tidak mengeluarkan lubuk gol Man City iaitu Aurelio menggantikan Dossena yang lebih agresif untuk mematikan serangan ManCity yang rata banyak dari sebelah Kiri Liverpool. Malah beliau tidak memasukkan Babel menggantikan Reira, terapi playmaker bermuka tikus, Bennayoun pula yang dimasukan. Perubahan posisi Gerrard juga memainkan peranan kerana gandingan Alonso-Mascherano tidak mempunyai kretiviti untuk membuka serangan.
Team sheet:
Liverpool:
Reina, Aurelio, Carragher, Skrtel, Arbeloa, Riera, Alonso, Mascherano, Kuyt, Gerrard (captain), Torres.
Subs - Benayoun, Agger, Babel, Dossena, Leiva, Cavalieri, Keane
Manchester City:
Hart, Garrido, Dunne (captain), Richards, Zabaleta, Blumer, Ireland, Kompany, Wright-Phillips, Jo.
Subs - Schmeichel, Fernandes, Hamann, Evans, Ben-Haim, Petrov, Sturridge
Referee: Phil Walton
Conditions: Chilly
Attendance: 47,280
Liverpoolfc.tv Man-of-the-Match: Fernando Torres