
Namun begitu, Agger telah membalas dosa beliau dengan melakukan larian kamikaze kedalam kawasan Wiganeers, memperdayakan Pegawai Waran II Wiganeers lalu menghantar bola kepada Wirawan Kuyt untuk membolosi kubu wiganners.
Takkala masa pertempuran kian singkat, Sekali Lagi Panglima Zaki melakukan libasan maut melepasi gawang Liverpooland, kerana kehadiran beliau tidak disedari oleh Komandan Kanan Arbeloa.
Separuh kedua pertempuran, tiada perubahan mendadak dibuat oleh Lord Benitez, namun setelah Samurai Wiganeers, Valencia melakukan terjahan maut ala-ala Ninja keatas Jeneral Operasi Alonso, dan dibuang daerah barulah Lord Benitez melakukan tindakan drastik.
Beliau menukarkan Komandan Kiri dan Kanan, Arbeloa dan Dossena menggantikan, Leftenan Muda,Nabil El-Zhar dan Leftenan Zionis, Benayoun.
Corak serangan ekstrem tanpa belas kasihan melihatkan kawasan pertempuran dikuasai oleh Kaum Liverpooland. Kaum Wiganeers hanya mampu bertahan dan bertahan dengan mengamalkan teknik Kebal tapi Bebal tahap ke-6.
Pegawai skuadron Reira, pula menjadi nadi penggerak untuk bolosan kedua, dengan melakukan hantaran Leftenan Nabil menunjukkan taring dan belang tarungnya, beliau memperdayakan Wiganeers dengan teknik licik menggelecek dan melakukan hantaran dan Jeneral Umum Liverpooland yang merangkap ketua kampong, melakukan dummy lalu Reira merembat pantas menembusi gawang Wiganeers Ini merupakan gol pertama beliau setelah dibeli dari Puak Espanyol.
Takkala keadaan pertempuran dikuasai oleh Puak Merah Liverpooland, serangan dari arah sisi bermula oleh Perajurit Pennant yang melakukan hantaran lintang yang tidak dapat dijangka
dan Wirawan Kuyt sekali lagi melakukan lipatan gunting karat, walupun dapat ditepis oleh bekas Liverpooland, Kirkland si lutut rapuh, namun nasib menyebelahi Liverpooland.
Pertempuran kedua akan menyusul, minggu akan datang menentang Puak Biru yang dikuasai oleh Roman Empire yang mana menguasai takhta Inggeris.
Goals Video Clip : EPL
LIVERPOOL 3 - 2 WIGAN ATHLETIC
Download :
0 - 1 : Amr Zaki (29')Rapidshare
1 - 1 : Dirk Kuyt (37')Rapidshare
1 - 2 : Amr Zaki (49')Rapidshare
2 - 2 : Albert Riera (80')Rapidshare
3 - 2 : Dirk Kuyt (85')Rapidshare
No comments:
Post a Comment