Rekod 4 tahun tanpa kalah di Stamford Bridge Lebur
Sejak dari sepak mula lagi saya sudah merasa konfiden bahawa malam tadi akan jadi malam jahanam buat The Blues. Lineup kita biasa sahaja, cuma Aurelio mengantikan Dossena dan Torres langsung tiada dalam senarai, sebagaimana ura-ura Benitez akan mempertaruhkan Torres yang masih cedera. Chelsea pula munkin menyesal tidak mempunyai Joe Cole, pemusnah Liverpool No. 1 dikala diperlukan.
Keadaan padang yang agak licin agak menyukarkan permainan kedua-dua pihak untuk bermain hantaran pendek. Namun Liverpool banyak bergerak disebelah kiri melalui Reira yang nampak selesa membelai Bosingwa. Manakala Chelsea pula menjadikan Arbeloa lubuk serangan mereka, nasib baiklah Encik "Marathon Man' Kuyt turun membantu mengekang asakan bertali-arus. Stevie G pula bermain sebagai striker kedua bergandingan Keane. Mascherano pula diberi tugas mematikan pergerakan Deco dan Alonso menjadi Playmaker menggerakkan permainan dan tengah.Gol tunggal perlawanan muncul setelah Ol Skol Terry melakukan tandukan lemah yang sampai kearah Alonso, dan beliau merembat dan bola terbias dari kaki Bosingwa lalu masuk kegawang Chelsea.
Gol yang dikatakan nasib oleh sesetengah pengulas yang bias kepada pasukan London itu, sudah cukup membuatkan pasukan Liverpool boleh bernafas lega untuk mengharungi perlawanan seterusnya. Ini kerana lawan yang bakal dihadapi tidak lah sehandal Chelsea, tetapi Liverpool hanya akan bertemu cabaran terkuat iaitu Arsenal pada 21 Dec nanti.
Seperti yang saya maklumkan kepada rakan2 peminat setia, kalau hendak menjadi juara kita perlu menewaskan pasukan yang diatas kita walaupun sekuat manapun mereka. Adakah kemenangan ini merupakan tanda-tanda awal no. 19 akan dalam genggaman.
Goal: Alonso (9) 0-1.
Chelsea (4-3-3):
Cech; Bosingwa (Sinclair, 84), Carvalho, Terry, A Cole; Deco, Mikel, Lampard; Kalou (Di Santo, 57), Anelka, Malouda (Belletti, 57).
Substitutes not used: Cudicini (gk), Ivanovic, Ferreira, Alex.
Liverpool (4-4-1-1):
Reina; Arbeloa, Carragher, Agger, Aurelio; Kuyt (Lucas, 87), Alonso, Mascherano, Reira (Hyypia, 89); Gerrard; Keane (Babel, 59).
Substitutes not used: Cavalieri (gk), Dossena, Benayoun, Pennant.
Referee: H Webb (S Yorks).
Booked: Chelsea: Malouda, Cole, Deco. Liverpool: Reira, Gerrard, Mascherano.
Man of the match: Gerrard.
Attendance: 41,705.
No comments:
Post a Comment