Beliau mula-mula bertemu Benitez ketika bertugas di Sepanyol 15 tahun lalu dan Benitez mengajaknya bekerja bersama suatu hari nanti. Tambah Pederzoli, Benitez semasa di Extramadura awal 90an dulu tidak banyak berubah dengan sekarang. Beliau amat komited dengan bolasepak dan hingga ketahap gila bola. Benitez amat mengkagumi Arrigo Sacchi dan beliau sendiri menggelarkan Sachhi sebagai “Jurulatih terbaik era moden”. Menurut Pederzoli, Rafa kerap ke Milan, berjumpa untuk mengkaji teknik kejurulatihan dan menyoal perkara berkaitan bolasepak serta sedikit sebanyak menjadikan Sacchi sebagai Idola beliau.
Benitez memberikan matlamat mudah tetapi tegas kepada pembantu2 beliau. Beliau tidak inginkan pemain yang menjadi publisiti semata-mata tetapi lebih kepada yang berdisplin. Beliau mengelakkan dari mendapatkan pemain bertubuh kecil dan terlampau fancy. Beliau lebih menginginkan pemain yang fizikalnya mantap dan kuat.
Bersama dengan Benitez, Pederzoli memilih pemain seperti Agger, Kuyt dan Mascherano. Pada Agger, mereka melilih pengganti sesuai Carragher dan Hyypia. Agger ketika di Broenby, antara senarai pemain yang dikehendaki oleh Benitez supaya dipantau sepanjang tahun termasuk ketika latihan. Manakala Daniel Bonera, kini bermain di A.C. Milan, pula pernah di pantau ketika bermain bersama kelab Parma. Namun Benitez tidak berminat dengan pertahan yang bertubuh kecil. Pernah juga Ivan Cordova menjadi perbualan, namun ketika bertanya tentang berapa maksimum pemain Inter Milan tersebut melompat dan menyambut hantaran tinggi. Apabila dianggar sekitar 2.35 meter, Benitez membuat perkiraan bahawa Peter Crouch hanya perlu melompat 30 sentimeter lagi membuatkan Cordova tidak langsung dapat melihat kedudukan bola.
Benitez, menurut Pederzoli tidak mengira jumlah jaringan dalam menilai seseorang Penyerang. Lihat kes Kuyt, beliau mempunyai prinsip pemain yang dikehendaki, amat berguna pabila bola berada di kaki, dan amat berguna kepada pasukan pabila lawan mempunyai bola.
No comments:
Post a Comment