- lebih kurang begini, kata Presiden UEFA yang sebelum ini melaung-laung anti-perkauman dalam bolasepak.
"Mahukah anda dalam Liverpool, Pak Syeikh Arab sebagai Presiden dengan Jurulatih Brazil serta 9 atau 11 Pemain Afrika? Di manakah Ke"Liverpool"an didalamnya? kita mesti membuat undang-undang mengenainya. Kamu mesti mempunyai identiti, yang membuatkan bolasepak popular kerananya.
"jika kamu membawa beberapa orang dari Qatar dan tiada sesiapa pun dari Liverpool atau manchester didalam padang atau syarikat, di Mana Liverpool atau Manchester nya? Saya rasa ini tidak baik. Saya rasa orang Qatar harus melabur di Qatar ... mereka perlu melabur dinegeri mereka. Bukannya datang mengambil untung dan apabila untung dan pulang. Adakah kita dapat melakukan sesuatu mengenainya? Saya akan cuba melakukan sesuatu."
Sedikit sebanyak, apa yang dilaungkan oleh Platini ada benarnya, tetapi beliau cuba untuk kembali kemasa lampau dimana Jati diri Liverpool hanya untuk orang Merseyside sahaja. beliau tak sedar atau masih terlena yang zaman kini era globalisasi bukan sahaja melangkaui Ekonomi tetapi juga sukan.
Ucapan beliau sedikit sebanyak menempelak Kelab-Kelab Elit Eropah yang menggunakan kekayaan untuk berjaya dengan mengutip pemain-pemain berbakat di seluruh dunia.
Namun mereka ini lah yang menjayakan kempen pembangunan bolasepak dinegara mundur seperti di Surinam, Senegal, Ghana, Jamaica dan banyak lagi.
Namun pemilik asing haruslah sedar bahawa mereka perlu lebih bertanggungjawab demi pembangunan bolasepak, dan bukannya tempat buat untung sahaja.
No comments:
Post a Comment