
Sejak dari awal musim lagi persembahan Gerrard amat konsisten walaupun hanya menjaringkan 4 gol setakat ini. Beliau memberikan inspirasi kepada pasukan walaupun mengalami kecederaan ketika mewakili England dan hanya bermain semula sebagai pemain gantian ketika kemenangan keatas ManU di Anfield.
Setelah diletakkan diposisi kegemaran beliau iaitu Pemain Tengah, gandingan beliau bersama Alonso mahupun Mascherano menampakkan kualiti sebenar yang ada padanya. Beliau gemar memulakan serangan dari tengah dengan melakukan hantaran satu dua, mahupun hantaran tepat jauh keserata padang. Tetapi dari aspek pertahanan pula, beliau akan memastikan pemain Midfield lawan tidak mempunyai masa untuk membuka permainan dan sekali sekala akan melakukan terjahan dan asakan keras bagi mematikan serangan lawan.
No comments:
Post a Comment