
Cilaka punya Hicks, rupanya dia sungguh-sungguh nak heret kelab kita supaya lingkup terus. Ini kerana dia telah membawa kes ke mahkamah. Saya dengar cerita lagi jika perkara ini berlarutan selepas tarikh akhir pinjaman dengan RBS, maka pengurusan Liga Perdana tiada pilihan selain mendenda kelab dengan memotong 9 mata. Jika benar-benar ini berlaku maka satu musibah besar bakal berlaku. Ini kerana pasukan kita sahih akan berada ditempat tercorot dan kalau prestasi semasa tiada perubahan alamat jadi nyata lambaian Liga Championship menanti.
Jadinya kita harus berharap yang menang kes bukannya Hicks tetapi Tiga Abdul (Broughton, Puslow dan Ayre). Dan dapatlah pemilik baru melaksanakan pengambilalihan dengan segera. Walaupun mereka tidak dapat membantu diatas padang sehingga Januari dengan memberi dana untuk menguatkan pasukan, namun diharap ianya dapat mengembalikan moral dan semangat yang hilang awal musim ini. Harapnya juga Hodgson terjaga dari tidur untuk melakukan yang terbaik untuk memanjat kembali dari tangga bawahan untuk ke zon selamat walaupun ditolak mata sekalipun. Kalau dia tidak berupaya sehingga Krismas, jangan ambil masa lama untuk ganti beliau kerana membazir jika Roy gunakan untuk beli yang mengarut macam Poulsen lagi nanti.
nampak sangat kesetanan dalam jiwa gillet ngan hick tu, 9 mata banyak tu he he...
ReplyDeleteapa pon harap harap dia kalah dalam makhamah nanti, kalau menang juga nampak gaya, england gak ada makhamah ala ala malaysia gak he hee
tau xpe..aduh..klau kalah.. negatif la mata untuk liverpool...nasib2.... moga2 hick n gillet 2 kalah la...
ReplyDelete