
Bagi yang merasakan kepuasan perlawanan menentang Blackburn tempohari mungkin akan sadis mendengar yang Roy Hodgson sudah bertahun-tahun tak pernah menang ditempat lawan dimana sahaja beliau melatih. Ini mungkin hanya sekadar statistik ataupun kisah lampau tapi semuanya msti ada sebab musabah. Kalau tiada beruk masakan pohon bergoyang tak gitu.
Jadi bukan saya sengaja potong stim kalian dengan cerita tak sedap begini. Tetapi hakikat yang perlu kita sedar ialah Hodgson mungkin seorang jurulatih bagus tetapi bukannya pakar taktikal macam bekas pengurus kita sebekum ini. Mari kita imbas kembali beberapa perlawanan dahulu dan kaji semula sebagai perbandingan. Asal bertandang kat tempat lawan tak pernah nak suruh anak buah main berani.
Mungkin peminat lain cakap Houllier pun main macam itu juga. Tapi bagi saya Houllier main serang balas yang efektif serta menjadi sebab dia ada penyerang dan pemain sayap yang pantas. Malah pemain tengah juga lebih agresif dengan gandingan Hamann-Gerrard. Kita pula ada Lucas dan Poulsen yang akan disayurkan lawan bila-bila masa jika digandingkan bersama. Nasib baiklah Meireles dah main ditengah, kalau tidak lagi haprak tak tahu nak cakap.
Lawan kita Bolton zaman Owen Coyle tak sama dengan zaman Sam Boroi. Zaman Sam Boroi, Bolton antara pasukan ragbi yang digeruni. Tak percaya tanya Wenger, dia pasti akan kritik Bolton sebab banyak pemain beliau akan cedera selepas perlawana Bolton. Tapi kini, Owen telah membawa rentak baru dalam permainan Bolton. Permainan mereka lebih tersusun dengan hantaran pendek serta penggunaan pemain sayap yang pantas. Lagi satu dia sudah pandai menggandingkan Davies dan Elmander bersama.
Pasukan kita pula saya tak pasti akan mengalami perubahan mendadak selepas menang dengan Blackburn. Walaupun kita tahu Kuyt dan Aurelio dah pulih, namun saya yakin Maxi dan Konchesky masih diberi tanggungjawab. Torres dan Gerrard sekali lagi akan digerkkan sebagai unik serangan dan Cole dikiri. Mintak simpang Poulsen main, lebih baik Lucas teruskan main dengan Meireles. Kargiakos akan kekal ditengah dengan Skrtel dan Carragher dikanan sementara tunggu Johnson pulih.
Pilihan untuk menang ada ditangan Roy. Dia yang menentukan macam mana pasukan akan main. Jika dia suruh main berhati-hati, maka agak susah nak menang. Tapi kalau dia suruh main macam singa lapar macam kat Anfield tempohari, saya rasa nasib akan memihak buat kita.
Harapan agar liverpool main baik/lebih baik..
ReplyDeleteKemenangan sblm nie xboleh dikatakan sbg bermulanya kebangkitan Liverpool.
Menang 1 perlawanan boleh dianggap nasib.Tapi jika Liverpool menang utk kali kedua berturut2, itu baru menunjukkan kebangkitan sebenar..
Harap Gerrard, Joe Cole, Maxi boleh bagi cross lawa2..
Gandingan Gerrard-Torres dijangka dpt menghadirkan semula rentak yg dicari selama ini di bahagian serangan..