
Baru 3 bulan dibawah pengurusan Hodgson, kelab yang sentiasa bermain cantik dengan pemain hebat dah jadi tunggang terbalik. Saya rasa Roy bukan nak bagi hati kita senang sejak seri dengan Sunderland, malah kecewa bertubi-tubi bila mana tewas dengan pasukan corot yang baru naik liga. Lazimnya pelanduk tak akan masuk perangkap kali kedua, namun Roy masih tak sedar atau memang tak tahu nak buat kerja sebagai pengurus. Patutlah Dalglish tiba-tiba mahu jadi pengurus apabila tahu yang hanya Roy sasaran utama. Kenny rupanya dah bau bahaya dan karutnya Roy untuk pimpim pasukan kita.
Maaf saya tak akan ulas sepenuhnya perlawanan ini kerana semua dah tahu keputusan yang sepatutnya terbalik. Mungkin Roy ada alasan yang Torres cedera tapi itulah alasan bodoh kerana tidak membeli penyerang semasa awal musim dulu. Jadi selepas ini saya harap pengurusan memberi kata dua kepada Roy samada perbaiki keputusan segera atau angkat kaki secepat mungkin. Satu lagi, walaupun Johnson bukan pembelian Roy, namun saya rasa dia tidak melatih Johnson supaya jadi bek kanan yang betul. Kalau dulu Mascherano ada bolehlah dia sapu tahi yang Johnson tinggal apabila tak sempat turun kebawah. Namun sekarang Poulsen, dia nak jaga diri sendiri pon tak lepas.
Selepas ini kita rehat seminggu untuk perlawannan antarabangsa. Saya rasa rehat ini, Roy patut muhasabah diri dan tanya diri sendiri samada layak atau tidak meneruskan kerja melatih Liverpool. Saya dah tak nampak jalan dengan cara permainan dan taktik beliau. Namun saya belum lagi hilang sabar dengan situasi ini, bukan apa mungkin saya nak tengok samada rekod pengurusan Greame Souness akan dipecahkan sebagai pengurus terburuk Liverpool oleh Hodgson. Kalau pengurusan nak pecat Hodgson pun dipersilakan kerana Martin O'Neill pasti akan pulang dari bercuti kerana dia tahu dia kena bersedia untuk melatih pemain lagi. Kalau nak bagi Daglsih pun kena tengok juga kerana dia dah lama tak latih pemain takut-takut dok berkarat lagi. Maaf Pak Cik Roy, saya sudah tak yakin dengan kamu. Kalau diteruskan juga saya yakin Liga Championship akan menanti musim depan.
kecewa tahap gaban... aku setuju apa yang diluahkan ni. aku pun dah tak yakin dengan pakcik roy.. asyik nak gigit kuku je..
ReplyDeletex boleh di percayai RH baik blah sblm chairman pecat ko yankees pun brambos cpt skit
ReplyDeleteguys...give him a chance.maybe pemain tak serasi lagi.gua rasa defend kena lebih alert dan agresif,midfield kena lebih kreatif supply bola kat forward dan forward mesti ada penyudah yang tajam. tengok lawan everton nanti camne,kalau tak bleh blah jugak harap martin o neil dtg bantu.
ReplyDeletejohnson??
ReplyDeletearghhhhh
benci gua sama player ini musim ini
nasib baik aku lepak kdai mlm td psg chelsea main,klau x memalukan je..
ReplyDeletesuda ku duga cempedak jadi nangka..
tgh tgk game chelsea adalah anasir2 setan msg tntg kekalahan the reds..
aku suda bosan menunggu..
bila keunggulan the reds akan kembali??
atau patutkah aku menyokong team lain.??
aku dlm dilema + heart broken.....
ni la sejarah paling buruk bagi aku selama jadi penyokong liverpool..ni la perasaan paling kecewa tahap dewa dengan situasi liverpool...apa nak jadi...apa dah jadi...sokong tetap sokong..tapi? sampai bila? bila? dan bila? RH dah x sesuai bg aku d liverpool.
ReplyDeleteSabar, Aku penyokong setia Liverpool. Kepada Azmi Mansor, jika anda penyokong setia. Sokonglah Liverpool walau apa keadaan sekalipun. Musim ini musim kejatuhan Liverpool. Sebenarnya, jika diconggak. Saya lebih setuju jika Rafael Benitez dikekalkan. Hanya beberapa pemain perlu dibawa masuk. Liverpool perlukan seorang penyerang yang dapat bergandingan dengan Torres. Juan Mata antara yang sesuai. sebenarnya, mereka semua perlukan masa untuk serasi, akan tetapi, masa yang diambil perlu disingkatkan, jika tidak Liverpool akan terus kecundang.
ReplyDeleteape suda jdik ney pakcik roy?...
ReplyDeletebnyk fenin...
pemain tu perlu banyak didikan...
xleh salakn manager gak...selebihnye tepulang kt pemain...pemain yg tentukn mse dpn...manager leh
ksi sepatah due kte je....na sgt suro je pkcik roy main bru leh komplain...=)
assalamualaikum
ReplyDeleteingatlah allah wahai saudaraku jangan terlalu beremosi kerana bola sepak