
Blackpool akan bertandang ke Anfield dengan permainan menyerang, bukannya main bertahan cam tin sardine, cakap pengurus bongkak mereka, Ian Holloway. Kiranya macam dunia dah nak terbalik, mereka tak rasa mereka kelab corot yang baru naik pangkat. Kalau ikut sasaran awal, mereka mungkin pasukan pilihan untuk tersingkir dari Liga Perdana, tapi nasib mereka masih dapat keputusan luar duga. Tapi maaf saya kurang yakin dengan prestasi mereka, sebab di Emireate dan Stamford mereka dah lobos 10 dan 0 gol dijaringkan. Tapi jangan ketawakan mereka dengan harapan tinggi untuk tewaskan kita , kerana kita juga jangan abaikan keputusan luar duga yang mereka lakukan kepada lawan yang lebih berpengalaman. Ianya juga terbalik dengan prestasi malap kita dari awal liga bermula.
Jadi dengan keazaman tinggi Blackpool yang akan bertandang ke Anfield ahad ini dengan corak permainan menarik yang mendapat pujian dan menurut kata Holloway mereka akan serang tak ingat. Mereka memang tak berjaya dengan Arsenal dan Chelsea dengan corak itu, tetapi dengan pasukan yang suka duduk lsenyap dan layan serangan pantas lawan dan biarkan lawan kuasai tempo permainan, Blackpool ada kelebihan. Jadi kalau ikutkan pasukan kita amat kena dengan kriteria yang Blackpool sukai. Kalau Hodgson tak kaji benda ni, alamat boleh kena getah dengan dengan mereka. Kalau nak ikut skuad mereka, Hanya Marlon Harewood yang paling berpenngalaman dalam Liga Perdana. Yang lain selalu bermain ialah Crainey, Evatt, Adam, Vaughan dan Gilks yang pasti Nampak muka mereka tiap-tiap minggu.
Adapelbagai faktor yang membolehkan pasukan kita mendapat keputusan yang meyakinkan. Ianya mula-mula bergantung kepada formasi yang digunakan. Pasti 442 akan digunakan walaupun tidak mengena sebelum ini. Kemudian pilihan pemain diposisi terbaik mereka serta masukkan Ngog dan Kuyt disayap kanan. Cole mesti main dikiri kerana saya tak harap dengan Jovanovic. Gandingan Gerrard Meireles saya mahu tengok kali ini. Yang lai sama kecuali Kelly atau Wilson di bek kiri. Tapi itu semua bergantung kepada respon pemain dengan arahan taktikal Hodgson. Jika Hodgson beri taktik mengarut maka mengarutlah permainan. Tetapi jika Hodgson dapat berikan formula luar biasa dan tiba-tiba corak lembab mejadi rancak, maka saya yakin tiada halangan kemenangan boleh dikecapi. Yakin boleh.
Nampaknya pak cik Caragher akan main sbg Left-back..
ReplyDeleteBarisan kemungkinan:-
----------Pepe Reina-------
Glen--Soto---Skrtel---Cara
----Poulsen----Gerrard----
Kuyt----Meireles-----COle
--------El Nino---------
Soto main aku salut sbb blackpool main longball. Cuma Carra main bek kiri eksiden bakal terjadi. Poulsen akan mati lemas ligan midflder blackpool yg pantas. Patut Kapten main lubang, Raul main dgn Poulsen sbb kapten bleh wat gol. Harap Torres ada syahwat nk wat gol, kalau tak seri @ kalah sj dlm tangan.
ReplyDelete