Atmosfera di Anfield penuh dengan aura semangat berapi-rapi. Sempena dengan peringatan Tragedi Hillborough yang mengorbankan 96 jiwa, sebelum sepak mula, semua peminat bertakafur seminit bersama pemain, serta membuat mozek kertas peringatan tragedi itu. Sesudah habis peminat membangkitkan semanngat pemain dengan laungan dan nyanyian. Manakala keriuhan itu pastinya memberikan suasana negeri dan gemuruh buat pemain Man City, serta peminat pasukan lain yang bersemangat nak tengok Liverpool tewas malam tadi.
Sebelum hari perlawanan, peminat Liverpool dah kena kencing dengan berita bek pawer Man City, Kompany cedera. Saiko dari Pellegrini sebiji macam meniru teknik Mourinho dalam perlawanan besar. Ianya tak menjadi serta Tuhan marah orang suka tipu dan bala turun kepada Yaya Toure dalam perlawanan. Brendan Rodgers bukan peduli dengan semua itu, sebab dia jenis tak suka ambil peduli tepi kain orang, yang penting skuad kita dah cukup bersedia mental dan fizikal.
--------------Mignolet-------------
Johnson--Skrtel--Sakho--Flanagan
-------------Gerrard----------------
-------Coutinho--Henderson-----
-------------Sterling----------------
--------Suarez----Sturridge-------
Brendan cukup taksub dengan formasi berlian kebelakangan ni .Sterling diberikan peranan kepala berlian, bucu kiri Henderson dan kanan Coutinho, manakala Kapten Gerrard beroperasi dibawah sekali. Iaya cukup berkesan kerana Sterling memang konfiden bermain disitu, walaupun ramai anggap Coutinho lebih layak. Jangan dilupa bahawa itu semua sekadar wayang gambar, sebenarnya Liverpool begitu fleksibel dan pemain bergerak serta tempat dan bertukar-tukar posisi setiap masa.
Dengan formasi itulah gol pertama seawal minit ke-6 berjaya dihasilkan dengan begitu lancar dari gerakan tengah. Bola yang ditampan pemain tengah City menghala ke arah Suarez dan beliau menggunakan kekuatan fizikal menghadang bola dari dirampas bek City. Ketika itu Sterling sudah melakukan larian dan Suarez nampak ada peluang terbuka untuk rakannya itu. Memang cun sekali hantaran Suarez dan begitu juga larian Sterling yang tiba-tiba melepasi Kompany. Sterling tak merembat dulu, tetapi berjoegt-joget untuk mengelirukan bek dan goli City dan semasa mereka pening kena main, barulah Sterling merembat masuk untuk gol pembukaan. Anfield bergema bila Liverpool mendahului 1-0.
Man City bermain dengan formasi bertahan 4-5-1 dan cuma bermain serang-balas, namun mereka pula yang sengsara. Peluang tak seberapa kerana rupanya Jeneral Padang mereka, Yaya Toure cedera dan terpaksa digantikan dengan Javi Garcia. Sebaliknya Liverpool menggunakan kesempatan itu untuk terus mengasak City, dan pada minit ke 25, hasil sepakan penjuru Gerrard yang tidak dijaga menanduk tepat dan ditepis Hart. Nanti dulu, drama baru bermula, sepakan penjuru diambil Gerrard mencari Skrtel yang bijak lari dari kepungan bek City dan melakukan tandukan lambung melepasi gerombolan bek City dan goli mereka. Liverpool bergema lagi dengan menambah gol, 2-0.
Liverpool berpeluang menambah gol dan begitu juga City mampu mencari gol, namun separuh masa pertama tamat dengan beberapa insiden yang nampak menyebelahi Liverpool. Salah satunya ialah terjahan bahaya Sakho keatas Dzeko. Memang berpotensi penalti untuk City, namun Dzeko terlalu kuat lakonan sampaikan pengadil keliru samada nak beri atau tidak. Begitu juga dengan Suarez, dia kerap diterjah pemain City dan banyak kali diabaikan oleh pengadil disebabkan reputasi beliau, walaupun kita nampak memang pemain City main kotor. Walaupun begitu Suarez lepas geram dengan Demechelis dan kad kuning seawal minit ke-6.
Saya tak tahu adakah pemain Liverpool sedang bersuka-ria dalam bilik persalinan kerana dah mendahului dengan 2 gol. Apa yang saya boleh agak Pellegrini memang sebok mengolah perancangan untuk keluar dari belenngu ketinggalan gol dan mencari peluang merobek pertahan kebal Liverpool. Sepak mula separuh masa kedua bermula dan hairan sungguh City masih kekalkan taktik sebelumnnya. Liverpool macam biasa tak terasa sangat dengan ancaman City padahal kita tengaok kerap sangat Flanagan dijadikan lubuk serangan.
Kemasukan Milner pada minit ke 51, telah merubah segalanya buat City. Nak kata punyai kemahiran dan kelincahan, rasanya Navas lebih padu. Rupanya Milner lebih bijaksana permainan dari Navas, sebab dia main ringkas dan efisyen. Gol pertama City hasil hantaran pemain tengah kepada Zabaleta. Dengan sedikit helah dan hantaran kepada Milner yang berlari laju melepasi Flanagan dan melepaskan kepada Silva yang hanya melakukan kuisan mudah untuk City menghambat Liverpool dengan 2-1. Jangan ingat lubuk gol disebelah Flanagan, Johnson juga alami nasib yang sama. Malah dia punca menyebabkan City berjaya menyamakan kedudukan 2-2. kerana tidak menampan sempurna dan membuatkan Mignolet tertewas kali kedua.
Man City cuba membuat pertukaran yang dirasakan membawa lebih impak dari Milner. Kali ini Aguero masuk menggantikan Dzeko. Aguero seingat saya cuma sekali sahaja membahayakan Liverpool apabila, berjaya melepaskan diri dari kawalan Skrtel dan nyaris Silva tak sempat sambut hantaran cantk itu, kalau tak mesti lagi panik pertahanan kita. Sturridge yang tak berapa efektif ditukar dengan Allen untuk menstabilkan kawasan tengah kerana pada ketika itu City nampak makin menggila. Ketika itu Liverpool berubah kepada formasi 4-2-3-1, dimana Coutinho main dibelakang Suarez dan Sterling kembali kesayap kanan.
Ketika keadaan 2-2 itu City cuba kawal permainan. Mereka mengasak dengan dan bertahan secara berpasukan. Memang kemasukan Allen adalah pertukaran yang efektif sama macam Milner untuk City tadi. Coutinho diberi kebebasan untuk menyerang tanpa fikirkan soal bertahan. Gol keramat hadir bukan dari gerakan bahya, cuma rezeki yang datang entah dimana. Bola lontaran Johnson mencari Suarez padamulanya tetapi terlampau jauh dan cuba disepak keluar oleh Kompany. Tendangan angin Kompany membuatkan bola tepat kearah Coutinho dan beliau tanpa segan silu meledakkan gol kemenangan. 3-2 Liverpool kembali dihadapan dan Anfield kembali bergema.
Sepuluh minit terakhir perlawanan, Liverpool sudah tak nampak untuk menyerang kerana takut terkena buat kali ketiga. Permainan bertahan kali ini menjadi kerana City mati akal hinggakan bek tengah mereka pun turut membantu serangan. Henderson membayar harga yang mahal untuk memenangi bola. Terjahan Henderson keatas Silva memang tak wajar, kerana bola masih jauh ditengah padang. Namun apa nak buat, tragedi dah berlaku, nasib baiklah Lucas masuk untuk ganti Coutinho.
Jangan kita hairan bagaimana setelah mendahului 2-0, pasukan kita disamakan kedudukan dan hanya menang tipis 3-2. Jawapannya ada pada pemain serangan kita. Puncanya ialah ketamakan yang melampau diantara Sturridge, Suarez dan Coutinho. Padahal kalau mereka bertiga main secara tak pentingkan diri, saya ingat 1 dari 3 peluang yang kantoi mungin dapat hasilkan gol. Tapi bila kita dok cerita benda ini masa menang pasti ada orang komplen yang dah menang lagi nak bising. Walaupun menang , realitinya pasukan kita masih ada kelemahan yang berulang, cuma diselamatkan kelebihan jaringan gol.
semoga pemain tidak terus leka dgn kemenangan ini, terus fokus utk 4 perlwnan besar nti. setiap perlwanan itu anggap sbagai final. keep calm & make us dream. YNWA.
ReplyDeleteGame smlm kdg2 buat aku lupe igt kita da juara EPL tp rpenye msih ada 4 game yg WAJIB dimenangi.. "wajib" tu maknenye setiap game adalah game besar tak kira norwich ke nuri ke hape kn..
ReplyDeleteWell, aku juga bgga sebab skrg kita berhak diiktiraf serangan paling brbahaya di England memandangkn prtmbungan dua psukan gol terbyk telah memihak kpada Liverpool..
Sterling mmg curi tumpuan krn byk kali mengayamkan beberapa pemain mahal City dgn selamba seolah2 terlupa beliau bukan lawan psukan liga championship.
Coutinho mmg aku doa dri awal agr mamat ni score utk buktikn dia bkal legend dan terbukti prtaruhan aku tak sia2.. 4 games to win guys..YNWA!!
sebelah atas aku rasa ada masalah psikologi, memandangkan game sebelum ni dorang tak score... Sturidge kembali tamak, suarez kembali dive...nasib baik tinggal lagi suarez pandai lah juga nak passing bola
ReplyDeletepatut dorang lebih rileks kalau dorang kena jaga kaw2 maksudnya peluang untuk pemain lain score adalah cerah...sila lorongkan bola...
kena masuk bilik kaunseling lagi ni!
panas gile kot aku dgn sturridge smlm..tamak...
ReplyDeletemmg ramai lg yg tamak dan tamak tu perlu lg2 klo striker..
tapi drpd mggasak celah ke kubu yg tgh ramai baik passing..
sebab tamak tu pmain mc guna utk sama kdudukan...
klu bkn sbb gol ketiga mmg aku mnyumpah2 ketamakan sturridge tu..
antara punca bolos pun bkn salah defend..tapi striker yg rugi bola dan tak matikan smgt lawan..
sekian ceramah aku..xpuas hati kot dgn prestasi sas smlm..lega mng..
pendapat aku la, apa yg aku nampak bila city dah start comeback dan control game, player liverpool nampak macam dan start nak pecah mental, keletihan kot sebab dari start wisel kita main high tempo. nasib baik mental defence masih kuat, nampak skrtel bisik kat suarez cuba tenangkan dia lepas aksi dive tu. barulah nampak suarez boleh senyum sikit. 4 game terakhir ni harap dr steve peter dan rodgers sendiri dapat mainkan peranan untuk menjaga dan menaikan mental semua player. musuh utama kita sekarang tekanan. kalau dapat handle insyaallah, semua 4 game last boleh menang. cuma kita kena ingat, target utama,kita adalah top 4, juara adalah bonus, so apa pun jadi game lepas ni. aku cukup2 puas hati dengan kebangkitan dan prestasi liverpool sepanjang season ni. YNWA.
ReplyDeleteNasib baik kita ader SAS yg kedua (Sterling and Skrtel) utk menjaringkan gol setelah SAS yang utama ada masalah (Sturridge - tamak & Suarez - dive).Kalau tak in the first half, kita dah boleh kill the game la..Boleh dapat gol byk2.
ReplyDeleteBetul la..SAS yg utama ni kena kaunseling kaw kaw punyer lah.
Since Sturridge dah injured, Suarez kena lg careful sbb aku tgk defend pihak lawan cuba bg dia naik angin...(kelemahan Suarez- bad tempered), bahaya...Nasib baikla sekarang Liverpool bukan harap sorang player jer nak buat gol...kita masih ader Coutinho, Sterling, Gerrard, Skrtel & Hendorson utk buat gol cuma Hendo dpt red card la pulok...
Lawan berat berikutnya tinggalah Chelsea
ReplyDelete